Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS gesa Turkey segera terima Sweden dalam Nato

May 31, 2023 | 02:33 PM



LULEA (Sweden): Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, pada Selasa lalu menggesa Turkey supaya segera memutuskan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), dan mengatakan negara Nordic itu telah mengatur langkah penting untuk menangani bantahan Ankara terhadap keanggotaannya.


Encik Blinken juga menolak dakwaan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden mengaitkan persetujuan Turkey terhadap penyertaan Sweden dalam Nato dengan penjualan jet pejuang F-16 kepada Ankara, walaupun menurut beliau Kongres Amerika bersikap demikian. Sehari sebelumnya, Presiden Amerika itu dikatakan bersikap demikian.

Bercakap dalam satu sidang media bersama Perdana Menteri Sweden, Encik Ulf Kristersson, di Lulea, utara Swedan, Encik Blinken berkata Washington akan terus mengusahakan penyertaan Sweden menjelang pertengahan Julai apabila Nato mengadakan sidang puncak yang menghimpunkan para pemimpin negara-negara sekutunya.

“Kami percaya inilah masanya dan tidak ada alasan lagi untuk tidak maju ke hadapan,” kata Encik Blinken.

“Turkey telah menyuarakan keprihatinannya, penting dan sahih,” ujar beliau. “Sweden dan Finland pula menimbangkan kekhuatiran tersebut.”

Encik Blinken berkata: “Kami berharap proses ini akan selesai dalam beberapa minggu ini. Kami tidak ragu bahawa ia akan diselesaikan dan seharusnya selesai dan kami jangkakan ia akan selesai.”

Ulasan beliau itu dibuat beberapa jam setelah Turkey memberitahu Sweden supaya mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab mengibarkan bendera kumpulan yang diharamkannya di bangunan Parlimen di Stockholm, pada hari Turkey mengadakan pilihan raya, dengan Presiden Tayyip Erdogan berjaya melanjutkan kekuasaannya selama dua dekad.

Sweden dan Finland membuat permohonan untuk menyertai Nato pada 2022, mengetepikan dasar berkecualinya dalam ketenteraan, ekoran serangan Russia ke atas Ukraine.

Keanggotaannya harus disetujui oleh semua anggota Nato, tetapi Turkey dan Hungary masih belum bersetuju dengan penyertaan Sweden.

Turkey menerima penyertaan Finland pada Mac lalu, tetapi mengatakan Sweden bersekongkol dengan kumpulan militan yang disifatkan Ankara sebagai pengganas.

Encik Kristersson berkata: “Kami masih berhubungan dengan rakan di Turkey berkaitan isu ini.”

Sweden sedang menyelesaikan “bahagian terakhir” memorandum mengenai langkah-langkah bagi satu perlembagaan baru untuk bertindak terhadap pengganasan yang dijangka berkuat kuasa pada 1 Jun.

“Kami telah melakukan apa yang telah kami beritahu rakan kami di Turkey.”

Turkey berhasrat membeli jet pejuang F-16 bernilai AS$20 bilion ($27 bilion) dan sekitar 80 peralatan canggih dari Amerika.

Tetapi penjualan itu tergendala kerana ada bantahan daripada Kongres Amerika, berikutan keengganan Ankara terhadap langkah peluasan Nato, dan dasarnya terhadap Syria. Namun, pentadbiran Presiden Biden berulang kali mengatakan ia menyokong penjualan tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >