Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KETEGANGAN DI SEMPADAN RUSSIA-UKRAINE

Selain Kyiv, tiga lagi kota mungkin juga diserang: Pegawai

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat telah memberitahu tentera perikatan bahawa sebarang serangan Russia ke atas Ukraine berpotensi menyaksikan beberapa kota menjadi sasaran serangan dan bukan hanya ibu kota Kyiv, menurut tiga pegawai yang biasa dengan perkara itu, lapor agensi berita Bloomberg semalam.



Kota-kota yang mungkin diserang termasuk Kharkiv di timur laut dan Odessa dan Kherson, di selatan, menurut pegawai Barat, yang tidak mahu identiti mereka didedahkan kerana memperkata isu sensitif.



Mereka tidak memberi sebarang butiran tentang risikan itu tetapi menegaskan perkiraan yang telah dibuat.



Pandangan Amerika dirumus sebahagiannya oleh pandangan kasar tentang jenis pasukan Russia dan keupayaannya sekarang berdekatan Ukraine, serta bagaimana mereka membuat persiapan untuk bertindak ke atas beberapa kota dalam satu masa, kata pegawai-pegawai itu.



Mereka tidak menyatakan dengan jelas apa yang akan merangkumi potensi serangan, atau ulasan tentang apakah matlamat utama Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, tetapi seorang daripada mereka menyatakan penilaian Amerika menyatakan sebarang serangan besar-besaran akan disokong oleh pasukan udara dan gangguan siber.



Dalam pada itu, imej satelit menunjukkan beberapa penempatan baru di lapangan bagi peralatan berperisai dan tentera Russia berhampiran sempadan Ukraine, kata sebuah syarikat swasta Amerika, yang memaklumkan paparan menunjukkan peningkatan kesediaan ketenteraan.



Aktiviti terbaru itu ketika Russia melanjutkan latihan ketenteraan di Belarus yang sepatutnya berakhir semalam, meningkatkan kekhuatiran dalam kalangan kuasa Barat terhadap pencerobohan Russia yang akan berlaku ke atas Ukraine.



Imej yang dikeluarkan oleh syarikat Maxar Technologies yang berpangkalan di Amerika itu menjejaki penumpukan tentera Russia selama berminggu-minggu, tidak dapat disahkan oleh agensi berita Reuters.



"Aktiviti baru ini mewakili perubahan dalam corak penempatan kumpulan pertempuran (kereta kebal, pengangkut anggota berperisai, artileri dan peralatan sokongan) yang diperhatikan sebelum ini," kata Maxar dalam satu kenyataan.



Beberapa penempatan besar kumpulan pertempuran sudah diperhatikan di sekitar garison tentera di Soloti, Russia, setakat 13 Februari menurut imej satelit, kata syarikat Maxar itu lagi.



Imej pada semalam menunjukkan kebanyakan unit tempur dan peralatan sokongan di Soloti sudah terlepas. Landasan kenderaan yang luas dan beberapa konvoi peralatan perisai dilihat di seluruh kawasan itu, kata syarikat berkenaan.



Beberapa peralatan juga sudah digunakan di Timur Valuyki, Russia di kawasan padang seluas kira-kira 15 kilometer di utara sempadan Ukraine. Sejumlah penempatan lapangan baharu juga dilihat di barat laut bandar Belgorod, Russia, kata Maxar.



Berdasarkan landasan dan salji, aktiviti itu kelihatan seperti baru-baru ini, kata Pengarah Kanan Biro Berita Maxar kepada Reuters.



"Bagi saya ia menunjukkan peningkatan tahap kesediaan," katanya.



Dalam perkembangan terbaru, Amerika telah memberi amaran kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa Russia memiliki senarai warga Ukraine 'untuk dibunuh atau dihantar ke kem' jika berlaku pencerobohan.



Perkara itu dinyatakan dalam surat yang dihantar kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Cik Michelle Bachelet, dan diperoleh agensi berita AFP, kelmarin.



Surat itu dikeluarkan ketika Washington memberi amaran mengenai pencerobohan yang akan dilakukan tentera Russia, yang sudah berkumpul berhampiran sempadan Ukraine dan menyatakan Amerika 'sangat prihatin' serta mengingatkan berhubung kemungkinan berlakunya 'malapetaka hak asasi manusia'.



Surat itu menyatakan, Amerika mempunyai 'maklumat boleh dipercayai yang menunjukkan tentera Russia membuat senarai warga Ukraine yang dikenal pasti untuk dibunuh atau dihantar ke kem selepas penguasaan tentera. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >