Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Semua khidmat kereta api Hongkong dihenti selepas tunjuk perasaan ganas

Oct 05, 2019 | 01:39 PM



KESEMUA khidmat kereta api di Hongkong, termasuk laluan ke lapangan terbang dihentikan hari ini, menurut pengendali khidmat kereta api bandar tersebut. 



Ini menyusuli pertempuran ganas antara polis dan petunjuk perasaan pro-demokrasi di mana stesen kereta api dirosakkan. 



“Kesemua khidmat MTR Heavy Rail termasuk Airport Express, Light Rail dan bas MTR tidak boleh diteruskan pagi ini,” menurut MTR Corporation dalam satu kenyataan, lapor AFP. 



“Selepas tercetusnya keganasan di beberapa kawasan, kakitangan penyelenggara terpaksa memastikan keselamatan mereka sendiri sebelum mereka boleh ke kawasan stesen yang terjejas untuk meneliti dan menilai kerosakan di sana dan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan,” menurut kenyataan tersebut, dan menambah bahawa penutupan itu akan disemak lewat hari ini. 



Khidmat bas di waktu pagi mungkin dipesongkan disebabkan keadaan lalu lintas selepas lebih 100 set lampu isyarat rosak atau terjejas Jumaat malam, menurut laporan Bloomberg. 



Beberapa pusat beli belah, pasaraya, dan cawangan Bank of China (Hongkong), Bank of East Asia, dan Industrial and Commercial Bank of China, yang telah menjadi sasaran petunjuk perasaan, juga tidak akan buka hari ini. 



Rangkaian MTR ditutup secara keseluruhan Jumaat malam, selepas beberapa stesen dan laluan dirosakkan dan dibakar oleh petunjuk perasaan yang marah dan memberikan reaksi mereka atas kegunaan kuasa kecemasan setengah abad yang melarang pengunaan topeng muka dalam perhimpunan awam. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >