Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA: E-MEL DARI KL

Sentuhan selebriti dalam pilihan raya M'sia

Nov 13, 2022 | 05:30 AM



APABILA penyanyi rap popular Malaysia Altimet dan pelakon/pengarah Hans Isaac melangkah masuk ke dewan pusat penamaan calon Parlimen Ampang pada Sabtu lalu, tumpuan media dan orang ramai segera beralih pada mereka.



Ahli politik yang bertanding dan penyokong juga kelihatan tertanya-tanya. Adakah dua selebriti itu akan menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)?



Ramai yang tidak mengetahui Altimet, atau nama sebenarnya Syed Abdul Rahman AlHadad, adalah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang.



Sementara Hans pula menyertai PKR sejak lebih setahun lalu.



Mereka berdua mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Cik Rodziah Ismail, untuk menghantar borang penamaan calon.



Pencalonan Cik Rodziah Ismail dicadang Altimet dan disokong Hans Isaac.



Sentuhan selebriti dan seniman juga berlaku di Port Dickson apabila pelakon/pengarah Ahmad Idham mendaftar menjadi calon sementara pelakon Dato Izelan Yusof menjadi calon di Sabak Bernam.



Mereka berdua mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Pusat penamaan calon Parlimen Batu agak kecoh apabila Cleopatra atau nama sebenarnya, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, seorang pempengaruh media sosial jelita berusia 28 tahun, mencuri tumpuan ramai untuk bertanding dalam persaingan 10 penjuru.



Selain itu, ulama selebriti Dato Ustaz Mohamed Kazim Elias yang mempunyai 1.9 juta pengikut di Facebook pada mulanya dijangka bertanding di Larut, Perak mewakili Barisan Nasional (BN).



Namun, beliau dilaporkan menarik diri di saat-saat akhir atas alasan masalah keluarga.



Kemunculan kumpulan selebriti seperti mereka di gelanggang politik dalam persaingan sengit PRU15 ini adalah satu fenomena baru.



Ketika dihubungi, penyanyi rap Altimet mengatakan seniman dan penghibur sepertinya juga mempunyai perjuangan politik masing-masing.



Pada masa lalu mungkin mereka sukar diterima menceburi politik kerana keupayaan mereka dicurigai.



"Ramai yang mungkin menganggap pelakon atau penghibur seperti saya ini kurang intelek, tak faham politik. Apatah lagi saya ini yang menyanyi dan menggubah lagu-lagu santai jenaka mestilah kurang cerdik.



"Tetapi mereka kurang faham, nak gubah lagu macam tu dan menambat hati rakyat bukan senang. Ia memerlukan intelek yang tinggi," ujar Altimet.



Namun dengan ledakan media sosial, artis popular yang mempunyai peminat dan jumlah pengikut mencapai ratusan ribu, tanggapan negatif itu mula berubah.



Altimet umpamanya mempunyai hampir 400,000 pengikut di Instagram.



Potensi ini yang mencetuskan perubahan minda pemimpin parti politik apatah lagi dengan jumlah pengundi muda semakin bertambah.



"Saya mula terpanggil untuk giat dalam politik apabila setiap kali saya diundang makan malam di rumah sahabat dengar mereka menasihatkan anak-anak supaya berhijrah keluar negara untuk mencari kehidupan lebih baik.



"Alasan mereka ialah masa depan Malaysia tidak lagi terjamin," cerita Altimet.



Oleh kerana enggan memberi nasihat serupa kepada anak-anaknya, beliau mengambil keputusan menyokong parti yang dirasakan boleh membawa perubahan pada politik dan masa depan Malaysia.



Beliau menolak tawaran bertanding kerusi Parlimen PRU15 ini kerana merasakan belum bersedia dan kurang pengalaman.



Tetapi beliau akan lebih bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijadualkan tahun depan.



  • Penulis mantan wartawan kanan BH yang kini menetap di Kuala Lumpur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >