Seorang lagi pemimpin Umno ancam adakan bantahan di Pulau Pinang dan Selangor

KUALA LUMPUR: Seorang anggota veteran Umno, Datuk Seri Ali Rustam, telah memberi amaran kepada parti pembangkang supaya mengawal diri atau menghadapi perhimpunan jalanan untuk menyingkir pemerintah mereka di Selangor dan Pulau Pinang.

Kenyataan mantan ketua menteri Melaka itu menyusuli pengumuman oleh seorang lagi pemimpin Umno baru-baru ini bahawa bantahan terhadap presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan diadakan di kawasan undi beliau di Kajang, Selangor.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan