Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang maut, 18 cedera dalam letupan di Yala, selatan Thailand

Jul 1, 2024 | 3:03 PM
Letupan berlaku sekitar 10 pagi di tepi jalan di hadapan bangunan kediaman balai polis Bannang Sata, mengakibatkan seorang wanita terbunuh dan 18 cedera.
Letupan berlaku sekitar 10 pagi di tepi jalan di hadapan bangunan kediaman balai polis Bannang Sata, mengakibatkan seorang wanita terbunuh dan 18 cedera. - Foto  EPA-EFE

BANGKOK: Kumpulan yang disyaki pemberontak meletupkan sebuah bom buatan sendiri yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan yang diletak di luar sebuah bangunan di daerah Bannang Sata di Yala, selatan Thailand berhampiran sempadan Malaysia, pada 30 Jun, membunuh seorang wanita dan mencederakan 18 orang.

Letupan itu berlaku pada 10.10 pagi di tepi jalan di hadapan bangunan kediaman balai polis Bannang Sata, kata ketua polis balai itu, Kolonel Ranon Surawit.

Rumah dan banyak kenderaan berhampiran rosak akibat letupan kuat itu, katanya.

Polis, askar payung terjun dan pegawai daerah tiba di tempat kejadian sejurus selepas letupan itu dan mendapati mayat seorang wanita rentung hingga tidak dapat dikenali.

Melihat pada serpihan timbunan logam dari kenderaan yang diletupkan itu membuat para pegawai sukar mengenal pasti jenis pemiliknya.

Kesan letupan itu turut memecahkan tingkap kaca dan pintu unit apartmen di bangunan itu.

“Seorang wanita tempatan berusia 45 tahun terbunuh, manakala 18 cedera, termasuk lima mengalami cedera parah,” kata Kolonel Ranon.

Polis berkata mangsa belum dapat dikenal pasti, manakala mereka yang cedera terdiri daripada 10 penduduk kampung dan lapan anggota polis.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital daerah.

Tiada lagi bom ditemui di tempat kejadian.

Bannang Sata terletak di daerah Yala di selatan Thailand, yang bersempadan dengan negeri Kedah dan Perak. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg