BANGKOK: Seorang penunjuk perasaan yang cedera dalam serangan bom ke atas kumpulan antikerajaan di sini semalam meninggal dunia awal pagi tadi.
Lelaki 46 tahun itu korban kesembilan sejak tunjuk perasaan bermula beberapa minggu lalu bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan menggagalkan pilihan raya umum pada 2 Februari ini.
"Beliau meninggal dunia ekoran kehilangan banyak darah selepas mengalami kecederaan pada organ dalaman yang terkena serpihan," kata jurucakap pusat perubatan di sini.
Dalam kejadian semalam, lagi 37 orang dilaporkan cedera, 11 orang masih dirawat di hospital. - AFP.