Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Seoul, Amerika akur kerah peluru berpandu pertahanan baru Thaad

Jul 08, 2016 | 10:57 AM

SEOUL: Korea Selatan berkata pada Jumaat (8 Julai) ia telah membuat keputusan muktamad bersama Amerika Syarikat akan mengerahkan sistem pertahanan peluru berpandu canggih baru dengan tentera Amerika yang ditempatkan di Korea Selatan untuk menangani ancaman peluru berpandu Korea Utara.

Sistem antipeluru berpandu Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal (Thaad) itu akan digunakan semata-mata untuk menangani ancaman dari Korea Utara, kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam satu kenyataan, sambil menambah kerahan itu akan dilakukan "tidak lama lagi".

Beijing, yang menyokong sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara selepas ujian nuklear Pyongyang dan pelancaran roket jarak jauh tahun ini, membantah penggunaan Thaad di Korea Selatan kerana radarnya boleh mencapai ke dalam wilayah China.

Sebuah kumpulan kerja bersama Korea Selatan-Amerika sedang bersiap untuk menentukan lokasi terbaik bagi mengerahkan Thaad, ujar Korea Selatan. - Reuters

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map