Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel akan banjiri Gaza dengan bantuan kemanusiaan

Susulan tekanan antarabangsa, Israel akan usaha buka pelbagai pintu masuk bagi tangani masalah kebuluran serius di Gaza
Mar 14, 2024 | 11:35 AM



TEL AVIV: Israel akan cuba “membanjiri” Jaluran Gaza dengan bantuan kemanusiaan menerusi pelbagai pintu masuk, kata jurucakap tentera pada 13 Mac ketika tekanan antarabangsa meningkat untuk menangani masalah kebuluran yang semakin meruncing di wilayah yang terkepung itu.


Selepas lebih lima bulan berperang di Gaza, agensi bantuan telah memberi amaran bahawa 2.3 juta penduduk di kawasan itu menghadapi risiko kebuluran yang kian genting kecuali bekalan makanan dipertingkatkan secara mendadak.

Agensi-agensi bantuan juga menuduh Israel tidak melakukan secukupnya bagi memenuhi keperluan penduduk yang terdesak untuk mendapatkan bantuan makanan.

Israel berkata ia tidak meletakkan had pada jumlah bantuan yang akan dibenarkan masuk ke Gaza, dan menyalahkan kegagalan agensi bantuan kerana kelewatan tetapi ia berdepan dengan desakan semakin meningkat termasuk daripada sekutu terdekatnya, Amerika Syarikat, agar berbuat lebih banyak lagi.

“Kami cuba membanjiri kawasan itu dengan bantuan kemanusiaan,” kata jurucakap tentera Laksamana Muda Daniel Hagari kepada sekumpulan wartawan asing.

Terdahulu pada 13 Mac, tentera Israel mengumumkan bahawa enam trak bantuan daripada Pertubuhan Makanan Sedunia telah memasuki bahagian utara Gaza – kawasan dilanda krisis kelaparan meruncing – melalui lintasan di pagar keselamatan yang dikenali sebagai pintu ke-96.

Lebih banyak konvoi sebegitu akan menyusul dari pintu masuk lain sebagai pelengkap usaha bantuan menerusi udara dan kargo bantuan laut, kata Laksamana Muda Hagari.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa menyalurkan bekalan makanan ke dalam wilayah itu hanyalah sebahagian daripada masalah termasuk bagaimana mengagihkannya secara adil dan cekap kepada golongan yang sangat memerlukan.

“Masalah di dalam Gaza ialah masalah pengagihan,” katanya.

Cabaran dalam mengagihkan bantuan dengan selamat dipaparkan dengan jelas pada awal Mac apabila konvoi trak bantuan dikepung oleh ribuan orang yang cuba mendapatkan bekalan makanan dan telah mendorong tentera Israel melepaskan tembakan.

Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam kejadian itu walaupun terdapat laporan berbeza daripada pihak berkuasa kesihatan Palestin yang mendakwa kebanyakan mereka yang terkorban adalah ekoran tembakan tentera Israel.

Israel menyangkalnya dengan berkata kebanyakan mangsa mati dipijak atau digilis trak dalam keadaan panik.

Kebanyakan bantuan yang masuk ke Gaza disaring oleh Israel di Kerem Shalom, sebuah stesen kastam di sempadan antara Mesir, Israel dengan Gaza sebelum dibawa masuk melalui Rafah, lintasan utama di selatan antara Mesir dengan Gaza.

Tetapi apabila agensi bantuan bergelut untuk mengagihkan bantuan, ia menjadi semakin bermasalah kerana desakan daripada kuasa dunia termasuk Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) supaya lebih banyak persimpangan dibuka.

Amerika telah pun menghulurkan bantuan makanan menerusi udara dan sedang berusaha untuk membuka koridor maritim di Gaza. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >