Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sepertiga penduduk dunia bakal hadapi panas melampau jelang 2080

May 24, 2023 | 04:39 PM



LONDON - Satu pertiga penduduk global dijangka hidup dalam keadaan panas berbahaya menjelang tahun 2080 jika dunia terus mengikuti trajektori semasa, dan seluruh negara di Afrika Barat dan Teluk Parsi akan berada dalam zon panas ekstrem, menurut satu kajian terbaru.

Suhu global purata sedang meningkat 2.7 darjah Celsius pada dua dekad terakhir abad ini, menurut penyelidik dari Institut Sistem Global Universiti Exeter. Mereka mentakrif kawasan panas berbahaya, atau kawasan di luar penghuni manusia, mempunyai suhu tahunan purata melebihi 29 darjah Celsius.

“Pelepasan sepanjang hayat 3.5 warga biasa dunia hari ini (atau 1.2 warga biasa Amerika) akan mendedahkan satu orang dengan haba panas yang belum pernah berlaku, menjelang akhir abad ini,” tulis penyelidik dalam kajian bertajuk ‘Mengukur Kos Manusia dalam Pemanasan Global’ atau Quantifying the Human Cost of Global Warming’.

Suhu lebih tinggi akan membawa kepada lebih banyak kematian berkaitan haba, mengurangkan produktiviti dan mengakibatkan hasil tanaman lebih rendah, peningkatan migrasi dan penyebaran penyakit berjangkit.

Tanah besar Burkina Faso, Mali, Qatar, Aruba dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) hampir sepenuhnya akan berada di luar kawasan dihuni manusia, menurut kajian itu.

Dari segi jumlah mutlak orang yang terjejas, India, Nigeria dan Indonesia akan mengalami kesan paling teruk, dengan 600 juta, 300 juta dan 100 juta penduduk, masing-masing, terkeluar daripada tempat untuk dihuni menjelang akhir abad ini.

Keupayaan negara dan rakyatnya untuk bertahan dalam keadaan panas melampau akan bergantung pada kekayaan mereka.

“Ia bergantung pada daya sumber anda untuk melindungi diri anda dalam iklim semasa dan itu bergantung pada sejauh mana kekayaan anda,” kata Profesor Timothy Lenton, pengarah Institut Sistem Global, dalam satu wawancara.

UAE dan Qatar adalah antara negara-negara terkaya per kapita di dunia, sementara Burkina Faso dan Mali adalah antara yang termiskin.

Jika dunia mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan membatasi pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius, ia akan mengurangkan jumlah orang yang terjejas oleh panas berbahaya kepada 90 juta orang di India, 40 juta di Nigeria dan lima juta di Indonesia. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >