Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan dron AS bunuh pengebom nekad dipercayai sasar Lapangan Terbang Kabul

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



KABUL: SERANGAN dron Amerika Syarikat membunuh seorang pengebom nekad di mana Pentagon mendedahkan suspek merancang melakukan serangan di Lapangan Terbang Kabul, pada Ahad.



Bagaimanapun, rancangan itu digagalkan pasukan tentera Amerika.



Ia serangan kedua oleh tentera Amerika sejak serangan militan ISIS di lapangan terbang itu pada Khamis, yang membunuh 13 tentera Amerika dan puluhan orang awam



Amerika berkata ia memusnahkan sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan dalam satu serangan udara di Kabul.



Ia berlaku beberapa jam selepas Presiden Amerika, Encik Joe Biden, memberi amaran mengenai satu lagi serangan pengganas di ibu negara Afghanistan itu, ketika proses membawa keluar puluhan ribu warga negara itu memasuki hari-hari terakhir.



Jurucakap Taleban mengesahkan kejadian itu kelmarin, dengan mengatakan sebuah bom kereta yang mahu disasarkan ke lapangan terbang dimusnahkan dan kemungkinan serangan kedua menjejas sebuah rumah berdekatan.



Pihak Amerika berkata, ia hanya menyerang kenderaan itu, sambil menambah, berdasarkan saiz letupan kedua, jumlah bahan letupan yang banyak digunakan.



Media setempat melaporkan, serangan itu mungkin ditujukan terhadap orang awam dan Amerika berkata, ia sedang memeriksa perkara itu.



Kedutaan Amerika Syarikat di Kabul turut mengeluarkan senarai kawasan di lapangan terbang yang mungkin menjadi sasaran serangan pengganas termasuk pintu akses masuk.



Serangan itu dilakukan selepas dua pengebom nekad ISIS, pada Khamis lalu menyasarkan tentera Amerika, yang menghalang orang ramai daripada memasuki lapangan terbang Kabul.



Lebih 100 orang maut dalam serangan itu termasuk 13 kakitangan perkhidmatan Amerika, sekali gus memperlahankan usaha pemindahan keluar yang akan berakhir esok.



Kira-kira 114,000 orang sudah dipindahkan dari bandar itu sejak 15 Ogos lalu selepas Taleban kembali berkuasa.



Operasi pemindahan keluar yang penuh kekacauan dan terdesak itu kemudian bertukar menjadi tragedi berdarah selepas serangan di lapangan terbang berkenaan.



Menteri luar beberapa negara semalam menyertai pertemuan secara maya anjuran Amerika bagi membincangkan langkah susulan di Afghanistan.



Jabatan Negara Amerika Syarikat, memaklumkan perkara itu ketika usaha pemindahan melalui udara dari negara itu memasuki hari terakhir esok, selepas peperangan selama 20 tahun dan lebih dua minggu Taleban kembali berkuasa.



"Amerika akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat 'rakan utama' berkenaan, dengan sidang kemuncak dibuat sehari sebelum penarikan sepenuhnya tentera Amerika keluar dari Afghanistan.



"Wakil dari Canada, Perancis, Jerman, Italy, Jepun, United Kingdom (UK), Turkey, Qatar, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) akan menyertai pertemuan itu.



"Peserta akan membincangkan pendekatan yang selaras untuk hari dan minggu yang mendatang," katanya dalam satu kenyataan.



Kenyataan itu turut memaklumkan, Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken, akan bercakap selepas pertemuan itu bagi memberitahu perkembangan terkini usaha Amerika di Afghanistan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >