Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan Houthi di Laut Merah: Kadar harga perkapalan sejagat lonjak

Dec 20, 2023 | 05:43 PM



STOCKHOLM: Kadar harga perkapalan sejagat meningkat dengan mendadak sedang syarikat perkapalan melakukan pelbagai cara untuk mengelak gangguan pada penghantaran barangan.


Ini selepas serangan ke atas kapal-kapal di Laut Merah yang menghalang laluan perdagangan utama di Terusan Suez.

Serangan baru-baru ini oleh kumpulan Houthi Yaman ke atas kapal di kawasan laut itu telah memaksa syarikat perkapalan terkemuka termasuk Maersk untuk mengubah laluan sekitar Cape of Good Hope untuk mengelak Terusan Suez – laluan perkapalan terpendek antara Eropah dengan Asia.

Serangan pihak Houthi itu telah membangkitkan kenangan insiden yang berlaku pada 2021 apabila kapal kontena Ever Given terkandas di terusan itu, menyekat puluhan kapal kontena selama enam hari.

Gangguan terkini telah menyebabkan kos penghantaran kontena meningkat dengan mendadak, tetapi kadar tersebut masih jauh di bawah paras ketika pandemik Covid-19 memuncak.

Electrolux, syarikat perkakas terbesar dunia, telah menubuhkan pasukan petugas untuk mencari laluan alternatif atau mengenal pasti laluan penghantaran utama, manakala Inter Ikea memberi amaran tentang kekurangan produk mereka.

Sehingga 19 Disember, harga perkapalan untuk menghantar kontena dari China ke kawasan Mediterranean ialah AS$2,413 ($3,207) melonjak 44 peratus pada Disember akibat gangguan.

Ini selepas mencecah paras terendah AS$1,371 pada awal 2023, kata Encik Eytan Buchman, ketua pegawai pemasaran di Freightos, platform tempahan dan pembayaran untuk pengangkutan antarabangsa.

Namun, kadar itu masih jauh lebih rendah berbanding era pandemik yang tinggi pada Januari 2022, iaitu AS$14,158, apabila penghantaran barang ditangguhkan beberapa bulan kerana kekurangan kapal kontena yang tersedia ada.

Dengan permintaan ekonomi dunia yang semakin lemah, terutamanya di China, pemilik kapal tidak dapat mengisi kapal dengan kontena.

Baru-baru ini, Electrolux menyatakan bahawa ia menjangkakan kesan terhad ke atas penghantaran mereka. Firma Sweden itu telah bekerjasama dengan syarikat perkapalan seperti Maersk dan CMA.

Dalam satu kenyataan pada 19 Disember, Inter Ikea menyatakan ia sedang meninjau pilihan pengangkutan alternatif selain Terusan Suez, laluan utama bagi pembuat perabot bajet itu.

“Keadaan di Terusan Suez akan mengakibatkan kelewatan dan boleh menyebabkan kekangan ketersediaan untuk produk Ikea tertentu,” katanya.

Terusan Suez membentuk sekitar 12 peratus daripada trafik perkapalan dunia.

Perjalanan lebih jauh akan menelan kos bahan api tambahan sehingga AS$1 juta bagi setiap perjalanan pergi dan balik antara Asia dengan Eropah Utara, menurut anggaran platform pengangkutan Xeneta.

Perjalanan melalui selatan Afrika akan menambah sekitar 10 hari perjalanan dari Asia ke Eropah Utara dan Mediterranean Timur, kata pakar.

Ia biasanya mengambil masa selama 27 hari untuk belayar dari Shanghai di China ke pelabuhan Belanda Rotterdam.

Gangguan ini juga mungkin akan memaksa peruncit dan pengilang meningkatkan kos di tengah-tengah krisis kos sara hidup berpanjangan.

Ketua penganalisis Xeneta, Encik Peter Sand berkata: “Ini adalah kos yang akhirnya akan diserahkan kepada pengguna yang membeli barangan.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >