Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serangan Iran ke atas Israel harap selesaikan konflik di Gaza

Apr 15, 2024 | 2:38 PM
Pemandangan daripada selatan Gaza menunjukkan dron dan peluru berpandu Iran disasarkan ke selatan Israel pada 14 April.
Pemandangan daripada selatan Gaza menunjukkan dron dan peluru berpandu Iran disasarkan ke selatan Israel pada 14 April. - Foto EPA-EFE

KAHIRAH: Serangan Iran ke atas Israel mendapat sambutan hangat daripada ramai penduduk Palestin di Gaza sebagai reaksi yang jarang berlaku di wilayah mereka dengan ada yang mengesyaki Teheran melancarkan serangan itu hanya sebagai satu ‘pertunjukan’ dan bukan untuk mendatangkan kerosakan sebenar.

Seorang penduduk, Encik Abu Abdallah, 32 tahun, berkata: “Buat pertama kali, kami melihat beberapa roket tidak mendarat di kawasan kami. Roket ini pergi ke kawasan Palestin yang diduduki Israel.

“Kami berharap jika Iran atau mana-mana negara lain menyertai peperangan, ia mungkin akan membawa penyelesaian masalah Gaza berbanding sebelum ini. Amerika Syarikat mungkin perlu menyelesaikan isu Gaza untuk menamatkan punca masalah itu.”

Ramai di Gaza selama ini berasa dipinggirkan oleh negara-negara jiran Timur Tengah sejak Israel memulakan serangan yang telah membunuh lebih 33,000 rakyat Palestin sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh 1,200 orang dan 240 yang lain ditahan sebagai tebusan.

Bagaimanapun, sokongan telah datang dari Iran dan proksi serantaunya, yang merupakan sekutu Hamas.

Syria dan kumpulan Houthi Yaman menyifatkan serangan Iran sebagai sah. Hezbollah sekutu Iran di Lebanon, memuji serangan itu sebagai “berani”.

Rakaman yang diedarkan dari kawasan itu menunjukkan ramai penduduk, termasuk dalam khemah sementara, bersiul dan lain-lain melaungkan “Allahu Akbar” dalam kegembiraan ketika langit diterangi oleh roket Iran dan pemintasan Israel.

“Sesiapa yang memutuskan untuk menyerang Israel, berani menyerang Israel adalah hero di mata rakyat Palestin tidak kira sama ada kita berkongsi ideologi mereka (Iran) atau tidak,” kata Encik Majed Abu Hamza, 52 tahun, bapa kepada tujuh anak, dari Bandar Gaza.

Iran melancarkan serangan ekoran serangan Israel ke atas perkarangan kedutaannya di Syria pada 1 April yang membunuh komander tertinggi pengawal revolusinya.

Sementara itu, Israel meneruskan serangan ketenteraannya di seluruh Jaluran Gaza, membunuh 43 rakyat Palestin dan mencederakan 62 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut kementerian kesihatan wilayah itu. – Reuters.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg