ARBIN (Syria): Serangan udara Syria dan Russia terhadap wilayah Ghouta Timur, kawasan yang dikuasai pemberontak, membunuh lebih 100 orang awam untuk hari kedua berturut-turut kelmarin dan menghentikan operasi sebuah lagi hospital.
Serangan udara, roket dan artileri yang melanda Ghouta Timur di pinggir Damsyik kelihatan merupakan persiapan bagi serangan tentera pemerintah di darat.