Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Dunia0

Serangan restoran Dhaka: 6 penyerang ditembak mati, 13 tebusan diselamatkan

Jul 02, 2016 | 02:01 PM

DHAKA: Polis Bangladesh berkata, enam penyerang terbunuh, manakala 13 tebusan, termasuk tiga warga asing berjaya diselamatkan dalam operasi di restoran di ibu kota negara itu yang diserang, lewat malam semalam.

 Timbalan Pengarah Pasukan Batalion Tindakan Pantas, Mizanur Rahman Bhuiyan, berkata Unit Komando merempuh masuk ke restoran itu dan berbalas tembakan dengan penjenayah. Militan IS, yang mendakwa melancarkan serangan itu, menyiarkan gambar apa yang dikatakan mayat warga asing yang terbunuh dalam kejadian itu. Polis percaya lapan hingga sembilan penyerang berada di dalam restoran berkenaan dan bersenjatakan raifal dan bom tangan.

Penasihat Perdana Menteri Sheikh Hasina, Gowher Rizvi, memberitahu pasukan keselamatan cuba berunding mencari jalan menamatkan krisis itu. Penyerang menyerbu restoran mewah Holey Artisan di daerah Gulshan di Dhaka, popular dengan warga asing, dalam serangan yang bermula sekitar jam 9 malam semalam. IS mendakwa 24 maut tetapi dinafikan polis, dengan berkata dua pegawai terbunuh dan sekurang-kurangnya 20 cedera. Warga Itali dan India antara yang menjadi tebusan. Duta Itali ke Bangladesh, Mario Palma, memberitahu stesen televisyen negara itu, tujuh warganya antara yang ditahan. - Reuters

 

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map