Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seruan agar tenang selepas Iran, Pakistan saling lancar serangan rentas sempadan

Jan 19, 2024 | 05:11 PM



TEHERAN: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat menyeru Iran dan Pakistan supaya bertenang selepas kedua-dua negara itu saling melancarkan serangan udara ke atas sasaran militan di wilayah masing-masing.


Tindakan ketenteraan yang jarang berlaku merentasi sempadan antara negara berjiran itu telah mencetuskan lagi ketegangan yang sedia ada dek perang Israel-Hamas.

Serangan Pakistan terhadap sasaran militan di Iran, pada awal 18 Januari, berlaku dua hari selepas serangan serupa Iran di wilayahnya, dan mendorong Teheran untuk memanggil utusan Islamabad.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan di wilayah Sistan-Baluchistan yang bergolak. Kebanyakan mangsa adalah wanita atau kanak-kanak, lapor agensi berita rasmi Iran IRNA.


Serangan Pakistan itu dilakukan selepas Iran melakukan serangan ke atas apa yang disifatkannya sebagai sasaran “pengganas” di Pakistan pada 16 Januari, membunuh sekurang-kurangnya dua kanak-kanak.

Walaupun Iran dan Pakistan sering menuduh antara satu sama lain membenarkan militan beroperasi dari wilayah masing-masing, tindakan tentera rentas sempadan oleh tentera pemerintah jarang berlaku.

Ketua PBB, Encik Antonio Guterres, menyeru kedua-dua Iran dan Pakistan supaya mengawal tindakan masing-masing.

“Setiausaha Agung (PBB) amat bimbang tentang aksi saling serangan tentera, antara Iran dengan Pakistan baru-baru ini, yang dilaporkan telah menyebabkan kematian di kedua-dua pihak,” kata jurucakapnya, Encik Stephane Dujarric.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik John Kirby berkata Amerika sedang memantau keadaan dan menghubungi pegawai Pakistan.

“Ini adalah dua negara yang lengkap bersenjata dan sekali lagi kami tidak mahu melihat peningkatan,” kata Encik Kirby kepada pemberita.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller, mengulangi komennya.

“Kami tidak percaya ini akan meningkat dalam apa jua cara, atau bentuk. Pakistan adalah sekutu utama bukan Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) bagi Amerika, itu akan kekal, tetapi kami akan menggesa kawalan maksimum dalam kes ini.”

Beliau tidak mengulas apabila ditanya sama ada Amerika akan memberi sokongan kepada Pakistan.


Kementerian Luar Pakistan menyifatkan serangan pada 18 Januari itu sebagai “siri serangan tentera yang sangat diselaraskan dan disasarkan secara khusus terhadap tempat persembunyian pengganas” di Sistan-Baluchistan, Iran.

Serangan berlaku kira-kira 4.30 pagi (9 pagi waktu Singapura) dengan tiga dron memusnahkan empat rumah di satu kampung berhampiran bandar Saravan, kata IRNA, memetik Encik Alireza Marhamati, timbalan gabenor wilayah itu.


Media Iran menyiarkan imej yang menunjukkan rumah rosak teruk, dengan satu video menunjukkan orang ramai berkumpul di sekitar kawah.


Kesemua mereka yang terbunuh adalah warga Pakistan dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sebab mereka berada di perkampungan Iran, kata Encik Marhamati.

Serangan itu menyasarkan pemisah Baluch, menurut tentera Pakistan. Tentera telah melancarkan perjuangan berdekad lamanya menentang kumpulan pemisah di wilayah sempadannya yang tidak ramai penduduknya.

Iran mengecam tindakan itu dan memanggil perwakilan Pakistan “untuk menyampaikan bantahan dan meminta penjelasan daripada pemerintah Pakistan”, kata jurucakap kementerian luarnya, Encik Nasser Kanani.

Pakistan sebelum ini menyampaikan teguran keras kepada Iran atas serangannya, memanggil dutanya dari Teheran dan menyekat utusan Iran daripada kembali ke Islamabad.


China menawarkan untuk menjadi pengantara antara jiran, kedua-duanya rakan kongsi ekonomi rapat China. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >