Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Seseorang' selamatkan Umno daripada dimansuh: Zahid Hamidi

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan bahawa percubaan untuk memansuhkan pendaftaran Umno dengan mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram telah digagalkan.



Pengerusi Barisan Nasional itu berkata Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik telah menemui surat di atas mejanya meminta beliau memansuhkan pendaftaran Umno.



"Seseorang menyelamatkan Umno daripada dimansuhkan. Percubaan untuk melarang Umno telah 'dipatahkan' oleh seseorang," katanya selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia di Kuala Lumpur pada malam kelmarin.



Datuk Ahmad Zahid berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, bahawa tujuan penubuhan Bersatu bagi menggantikan Umno telah tercapai, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



"Adalah jelas bahawa dalam PRU15, matlamat ini sebenarnya jauh daripada sasaran mereka.



"Kami tahu bahawa matlamat mereka lebih daripada itu. Kami harap ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat, khususnya ahli akar umbi, bahawa matlamat mereka (PN) mesti ditolak oleh ahli Umno secara keseluruhannya.



"Apabila seseorang menjadi Menteri Dalam Negeri buat kali pertama, ada surat di atas mejanya supaya Umno dimansuhkan. Kita harus berterima kasih kepada seseorang itu yang dapat mengabaikan permintaan tersebut," katanya.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Kabinetnya yang terdiri daripada 28 menteri pada 2 Disember lalu dan menamakan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Menteri Dalam Negeri. - The Star/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >