Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

LINGKARAN ASIA

Setahun berlalu, sumber Covid-19 masih satu misteri

Jan 18, 2021 | 05:30 AM

WUHAN: Setahun sudah berlalu sejak kes kematian pertama di China ekoran koronavirus Covid-19.

Namun, kisah di sebalik sumber jangkitan virus itu masih menjadi teka-teki.

Malah, sebilangan pakar memberi amaran kemungkinan tidak akan ada jawapan yang menyeluruh mengenai sumber jangkitan itu, setelah usaha penyiasatan awal terjejas oleh keadaan kacau-bilau, selain sikap rahsia pihak China, lapor AFP.

Tarikh 11 Januari menandakan ulang tahun China mengesahkan kematian pertamanya ekoran Covid-19 - seorang lelaki berusia 61 tahun yang sering ke sebuah pasar basah di Wuhan yang kini terkenal sebagai sumber jangkitan virus itu.

Hampir dua juta kematian kemudian, pandemik itu kini menjadi tidak terkawal di kebanyakan negara dunia, menyebabkan puluhan juta orang sakit, ekonomi global terjejas teruk dan pertikaian antara negara.

Berita Popular

China dilihat masih tidak memberi maklumat jelas mengenai asal usul virus itu dan persoalan utama bagaimana ia melompat daripada haiwan kepada manusia.

Tiada perselisihan lagi bahawa virus itu mula merebak pada akhir 2019 di pasar basah itu yang terletak di bandar Wuhan di tengah China, dengan hidupan liar dijual sebagai makanan, dan patogen tersebut dipercayai berasal daripada spesies kelawar yang belum dipastikan.

Namun, jawapan itu berakhir di situ sahaja, dikaburkan oleh sejumlah petunjuk seterusnya yang menunjukkan asalnya mungkin mendahului Wuhan dan ada teori konspirasi - diuar-uarkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa ia berasal daripada kebocoran di sebuah makmal di Wuhan.

Menentukan sumbernya adalah amat penting untuk memerangi wabak lain pada masa depan dengan lebih awal, kata ahli virologi, selain memberi petunjuk yang dapat membantu keputusan dasar mengenai sama ada terdapat keperluan mematikan kumpulan haiwan tertentu, melakukan arahan kuarantin atau membatasi pemburuan hidupan liar dan interaksi manusia-haiwan.

"Jika kita dapat mengenal pasti mengapa ia (virus) terus muncul, kita dapat mengurangi penyebab yang menularkannya," kata Encik Peter Daszak, presiden EcoHealth Alliance, sebuah badan bukan pemerintah (NGO) sejagat yang memberi tumpuan kepada pencegahan penyakit berjangkit.

SANGSI PADA PASAR WUHAN

China dipuji kerana melaporkan virus tersebut dan mengongsi urutan gennya tepat pada masanya, dibandingkan dengan sikap rahsianya berkaitan wabak Sars pada 2002-2003.

Tetapi kali ini tetap ada juga kisah kerahsiaan dan perubahan pada cerita Covid-19.

Pihak berkuasa Wuhan pada mulanya berusaha menutup kes penularan wabak itu dan kemudian menghabiskan tempoh berminggu-minggu yang penting menafikan risiko penularan manusia ke manusia.

Sejak awal lagi, pegawai China menyatakan secara terang-terangan bahawa wabak itu bermula di Pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan.

Tetapi, data China pada Januari 2020 menunjukkan beberapa kes pertama tidak mempunyai kaitan dengan pasar itu yang kini ditutup, menunjukkan adanya sumber di tempat lain, lapor AFP.

Kisah China berubah lagi pada Mac lalu ketika pegawai utama penyakit China Gao Fu mengatakan pasar itu bukan sumbernya, tetapi merupakan 'mangsa' - hanya tempat di mana patogen itu diperkuat.

Namun, China sejak itu gagal secara terbuka mengaitkan bukti-bukti yang ada, hanya melepaskan sedikit maklumat mengenai sampel haiwan dan alam sekitar yang diambil di pasar itu yang dapat membantu penyiasat, kata pakar.

BUKTI KURANG JELAS

Apa yang saintis dibenarkan melihat atau mungkin dijumpai setahun kemudian juga diragukan.

Pakar mengatakan pihak berkuasa mungkin telah menghapuskan atau membuang bukti penting semasa tindak balas awal yang penuh dengan rasa panik dan kekacauan.

"Setiap wabak berlaku dengan cara sama. Ia huru-hara dan tidak berfungsi," kata Encik Daszak.

"Mereka tidak melakukan tugas yang baik pada penyelidikan haiwan sejak awal," tambahnya.

Sebab kerahsiaan China tidak jelas, namun, parti pemerintah, Parti Komunis, mempunyai sejarah menyimpan atau melenyapkan maklumat yang boleh merosakkannya secara politik.

LAWATAN SAINTIS WHO

Setelah setahun, sekumpulan saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya tiba Khamis lalu di China bagi menjalankan siasatan mengenai asal usul Covid-19.

Pasukan itu "akan melakukan penyelidikan bersama mengenai asal usul Covid-19 dengan saintis China," kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dalam satu kenyataan.

Namun, ketibaan mereka pada awalnya terjejas sehingga mendapat teguran daripada kepimpinan WHO yang melahirkan rasa kesal mereka terhadap penguasa China yang belum membenarkan kemasukan pasukan saintis itu.

Beijing berusaha mengendurkan ketegangan dengan jurucakap kementerian luarnya menyebutnya sebagai "salah faham".

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map