Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Setiausaha Negara Amerika ke Timur Tengah di tengah-tengah ketegangan Israel-Palestin

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Washington bimbang keadaan keselamatan rakyat Israel dan Palestin menjadi lebih buruk menjelang lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Encik Antony Blinken, ke Timur Tengah, mulai esok, kata seorang pegawai AS.



Ini berikutan satu serangan ganas yang dilancarkan kelmarin oleh tentera Israel di wilayah Tebing Barat yang ditaklukinya.



Diplomat kanan AS itu dijadualkan melawat Mesir, Israel dan Tebing Barat, sedang ketegangan memuncak di antara rakyat Israel dan Palestin.



Lawatan itu diumumkan beberapa jam selepas pasukan komando Israel membunuh tujuh orang bersenjata dan dua orang awam di wilayah Tebing Barat yang ditaklukinya itu, menurut para pegawai Palestin yang menyifatkan insiden itu sebagai pembunuhan paling ramai dalam satu kejadian sejak beberapa tahun ini.



Seorang pegawai kanan Jabatan Negara AS bagi Ehwal Timur Tengah, Cik Barbara Leaf, berkata kematian orang awam yang dilaporkan itu "amat dikesalkan".



"Tentunya keadaan akan menjadi lebih buruk lagi dari segi keselamatan," kata Cik Leaf kepada wartawan dalam satu taklimat melalui telefon.



Perkara itu telah diberitahu beberapa kali kepada Duta Besar AS ke Israel, Encik Thomas Nides, dan juga kepada para pegawai Israel dan Palestin, pagi kelmarin.



AS juga telah menggesa pasukan keselamatan Israel dan Palestin supaya segera meredakan keadaan dan menyelaraskan langkah-langkah keselamatan, kata Cik Leaf, sekalipun pihak berkuasa Palestin telah mengatakan mereka akan menghentikan semua kerjasama dengan Israel gara-gara insiden terbaru itu.



Lawatan Encik Blinken itu adalah yang pertama sejak pemerintah sayap kanan pimpinan Perdana Menteri Encik Benjamin Netanyahu kembali berkuasa selepas pilihan raya pada November lalu.



Pemerintahan baru itu telah mencetuskan kebimbangan baik dalam mahu pun di luar Israel, kerana anggota pemerintahan itu menentang keberadaan negara Palestin.



Jabatan Negara AS mengatakan semasa lawatan itu, Encik Blinken dijadualkan bertemu dengan Encik Netanyahu dan Presiden Penguasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas, bagi membincangkan huraian damai terhadap konflik antara kedua-dua pihak itu.



Jurucakap jabatan tersebut, Encik Ned Price, berkata dalam satu kenyataan bahawa Encik Blinken juga akan membincangkan tentang langkah bagi mengekalkan peraturan sedia ada di sekitar Haram al-Sharif atau Temple Mount, di mana lawatan menteri keselamatan Israel yang baru, Encik Ben-Gvir, telah menimbulkan kemarahan rakyat Palestin.



Semasa di Kahirah nanti, Encik Blinken juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Abdel Fattah El-Sisi dan beberapa pegawai Mesir, yang bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua negara.



Mereka juga akan merundingkan tentang sokongan bersama terhadap Libya yang akan mengadakan pilihan raya dan membahaskan soal penubuhan pemerintah awam di Sudan menyusuli rampasan kuasa tentera pada 2021 lalu, kata Encik Price. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >