Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SG kutuk serangan kemudahan awam di UAE

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas kemudahan awam di Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), kelmarin, yang mengakibatkan tiga nyawa terkorban.



Serangan sedemikian tidak boleh diterima dan tidak boleh dibenarkan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam



"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh," katanya.



Pemberontak Houthi di negara Yaman berkata serangan itu melibatkan lima peluru berpandu dan beberapa dron.



Kumpulan yang mendapat sokongan Iran itu berkata peluru berpandu dan dron tersebut ditujukan ke atas lapangan terbang Dubai dan Abu Dhabi, sebuah kilang penapisan minyak di kawasan Musaffah Abu Dhabi dan beberapa sasaran "sensitif" lain di UAE.



Gerakan itu memberi amaran bahawa ia menyasarkan lebih banyak kemudahan di UAE "jika ia meneruskan peningkatan tentera di Yaman", lapor agensi berita Reuters.



UAE sebelum itu berkata satu serangan Houthi menyebabkan letupan di lori bahan api dan membunuh tiga orang di Musaffah dan sebuah kebakaran dekat lapangan terbang Abu Dhabi.



Mangsa dikatakan adalah dua warga India dan seorang warga Pakistan.



Serangan ke atas sekutu Arab Teluk utama Amerika Syarikat itu membawa perang antara kumpulan Houthi dan pegabungan pimpinan Arab Saudi ke tahap baru, dan mungkin menghalang usaha membendung ketegangan serantau, sedang Washington dan Teheran berusaha menyelamatkan sebuah perjanjian nuklear.



"UAE mengutuk serangan pengganas oleh militia Houthi ke atas kawasan dan kemudahan awam di tanah Amiriah... (Ia) tidak akan terlepas daripada hukuman," kata kementerian luarnya.



"UAE berhak bertindak balas terhadap serangan pengganas dan peningkatan jenayah ini."



UAE, anggota gabungan itu, melatih dan membekalkan senjata kepada tentera Yaman yang baru-baru ini menyertai pertempuran terhadap Houthi di wilayah Shabwa dan Marib di Yaman yang menghasilkan tenaga.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, dalam satu panggilan telefon bersama rakan sejawatannya dari UAE, mengutuk serangan itu, lapor agensi berita negara UAE.



Penasihat keselamatan negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, berkata Washington akan berusaha memastikan Houthi bertanggungjawab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >