Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

WACANA

Iktiraf usaha kerajaan, warga Saudi jadi tuan rumah jemaah haji

Jun 25, 2023 | 12:02 PM



Bukan mudah bagi Arab Saudi memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah kepada lebih dua juta umat Islam dari seantero dunia, termasuk 900 jemaah Singapura, yang mula berhimpun di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Di sebalik salah satu perhimpunan terbesar manusia bagi tujuan ibadah agama di dunia ini, banyak fakta yang mungkin kurang didedahkan, yang berlaku di belakang tabir setiap musim haji.

Bayangkan usaha logistik, pentadbiran, kesihatan dan keselamatan yang perlu dilaksanakan pihak berkuasa Arab Saudi dalam menguruskan kesejahteraan jutaan jemaah di negara itu.

Fikirkan proses penyelarasan yang perlu disepadukan antara pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan sektor awam.

Sebagai contoh, lihat sahaja urusan mentadbirkan proses imigresen bagi menyambut ketibaan jemaah di setiap pintu masuk negara itu.

Baru-baru ini, Direktorat Agung Pasport Arab Saudi melaporkan jumlah jemaah yang tiba dari luar negara melalui lapangan terbang di sana telah mencapai 1,280,240 jemaah.

Enam lapangan terbang antarabangsa di Arab Saudi dijadualkan menerima sekitar 7,700 penerbangan yang membawa jemaah daripada tujuh benua.

Jumlah kedatangan yang datang melalui pusat pemeriksaan darat pula mencapai 57,463 jemaah, sementara jumlah kedatangan yang tiba melalui pelabuhan laut sudah mencapai 4,648 jemaah.

Renungkan pula sumber dan tenaga manusia yang diperlukan untuk menyantuni tetamu Allah di Makkah dan Madinah.

Misalnya, lebih 32,000 kakitangan kesihatan yang ditugas berkhidmat. Sebanyak 8,000 relawan juga dikerah untuk membantu jemaah.

Jurucakap sekretariat Datuk Bandar Makkah pula mendedahkan 22,000 kakitangan tambahan diambil untuk menguruskan operasi kebersihan, penyenggaraan dan perkhidmatan lain di bandar itu sempena musim haji.

Tidak kurang juga ribuan anggota polis dan askar yang dikerah bertugas menjaga keselamatan dan keamanan jemaah.

Selain tenaga manusia huraian teknologi tinggi seperti robot dan aplikasi pintar turut dimanfaat bagi memantau kegiatan di tempat tertentu.

Pergerakan jemaah dari satu tempat ke satu tempat juga perlu diuruskan.

Bagi memastikan pergerakan lancar jemaah, kereta api elektrik Mashair yang mesra alam berada di barisan hadapan sistem yang mempunyai 17 tren dan sembilan stesen, dengan anggaran kapasiti operasi 72,000 penumpang sejam.

Selain itu sebanyak 24,000 bas yang kerap bergerak turut disediakan. Lebih 9,000 kenderaan elektrik juga disediakan di Masjidil Haram untuk membantu jemaah yang mempunyai masalah mobiliti melakukan ibadah dengan mudah.

Penggunaan kenderaan itu boleh ditempah menerusi aplikasi telefon bijak Tanaqol. Media juga melaporkan 300,000 naskhah Al-Quran akan diedarkan di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Perkhidmatan dan panduan terjemahan akan disediakan di seluruh tapak dalam 51 bahasa untuk memenuhi keperluan berjuta-juta umat Islam. Terdapat juga usaha mengagihkan 40 juta liter air zamzam di dua Masjid Suci melalui lebih 30,000 tempat pengedaran – menyediakan sekurang-kurangnya dua juta botol kepada jemaah setiap hari.

Satu lagi perangkaan yang menarik, menurut ketua katering di Makkah, produk daripada 1,294 kilang makanan di Arab Saudi akan memperoleh lebih 120 juta hidangan untuk sekurang-kurangnya 2 juta jemaah bagi tempoh enam hari di bawah pengawasan Kementerian Haji dan Umrah.

Memikirkan ruang dan sumber terhad serta keperluan menghimpunkan jutaan manusia di satu tempat pada satu ketika, kita wajar memahami kesulitan dan cabaran yang dihadapi pihak berkuasa Arab Saudi dalam menganjurkan musim haji setiap tahun.

Justeru kita juga wajar memahami keperluan meletakkan kuota bagi jumlah jemaah yang boleh menunaikan ibadah haji setiap tahun.

Kita harus turut mengiktiraf persiapan yang telah dilaksanakan kerajaan Arab Saudi dalam membantu Muslim sedunia menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Tidak kurang juga penghargaan yang wajar disalurkan kepada ribuan pekerja, sukarelawan – ada yang perlu bersengkang mata bertugas demi berkhidmat kepada tetamu Allah.

Semoga khidmat mereka dapat memberikan jemaah pengalaman positif semasa di Tanah Suci dan kesyahduan melaksanakan ibadah haji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >