JAKARTA: Letusan Gunung Anak Krakatau di Indonesia menyebabkan penggantungan ratusan penerbangan di lapangan terbang utama Jakarta pada 6 September selepas beberapa aktiviti sekolah dan penangkapan ikan dihentikan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta melanjutkan penggantungan operasi penerbangannya sehingga 1.30 tengah hari waktu tempatan (2.30 petang di Singapura) pada 6 September berikutan abu gunung berapi.

Menurut The Straits Times, lapangan terbang tersebut pada asalnya dijadualkan dibuka semula pada 9.30 pagi, selepas penangguhan operasi bermula 5.30 pagi dilanjutkan selama empat jam.

Penggantungan sehingga 9.30 pagi itu telah menjejas 209 penerbangan, termasuk beberapa penerbangan antarabangsa, kata Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Gunung Anak Krakatau telah meletus sejak lewat 4 September, dengan abu gunung berapi dikesan di lapangan terbang berkenaan pada awal 6 September, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penerbangan Singapore Airlines adalah antara yang terjejas. SIA berkata dalam kemas kininya pada 11.30 pagi pada 6 September bahawa 19 penerbangan telah dibatalkan.

Ia adalah:

* SQ950 berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 6.20 pagi
* SQ952 berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 7.40 pagi
* SQ956 berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 9.05 pagi
* SQ953 berlepas dari Jakarta ke Singapura pada 6 September jam 8.05 pagi
* SQ955 berlepas dari Jakarta ke Singapura pada 6 September jam 9.25 pagi
* SQ957 berlepas dari Jakarta ke Singapura pada 6 September jam 11.00 pagi
* SQ958 berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 12.35 tengah hari
* SQ968D berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 1.55 petang
* SQ960 berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 3.10 petang
* SQ959 berlepas dari Jakarta ke Singapura pada 6 September jam 2.20 petang.
* SQ962 berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 4.15 petang
* SQ951D berlepas dari Jakarta ke Singapura pada 6 September jam 3.50 petang
* SQ964 berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 5.20 petang
* SQ961 berlepas dari Jakarta ke Singapura pada 6 September jam 5.00 petang
* SQ966 berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 6.30 petang
* SQ963 berlepas dari Jakarta ke Singapura pada 6 September jam 6.05 petang
* SQ965 berlepas dari Jakarta ke Singapura pada 6 September jam 7.20 malam
* SQ967 berlepas dari Jakarta ke Singapura pada 6 September jam 8.15 malam
* SQ968D berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 September jam 9.55 malam

Memandangkan keadaan masih tidak menentu, SIA berkata penerbangannya yang lain antara Singapura dengan Indonesia mungkin terjejas.

Setakat 11 pagi pada 6 September, maklumat penerbangan dari Lapangan Terbang Changi menunjukkan bahawa Scoot dan Pelita Air menghentikan operasi ke Jakarta pada 6 September, masing-masing membatalkan enam dan satu penerbangan.

Batik Air, TransNusa, Citilink dan Garuda Indonesia juga membatalkan beberapa penerbangan awal mereka.