PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menyaksikan pemeteraian perjanjian antara syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan syarikat pengeluar pesawat Boeing bagi pembelian 39 pesawat bernilai hampir AS$14 bilion ($19 bilion).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIA, Encik Goh Choon Phong, dan Presiden Boeing, Encik Kevin McAllister, menandatangani perjanjian itu bagi SIA membeli 20 Boeing 777-9 dan 19 787-10 Dreamliner sepanjang sedekad mendatang.