Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siapa wanita bertakhta di hati Putera Mateen?

Jan 11, 2024 | 04:19 PM



BANDAR SERI BEGAWAN: Putera Brunei, Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan tunangnya, Yang Mulia Anisha Rosnah diijab kabulkan pada 11 Januari dalam sambutan selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja di ibu kota negara itu, Bandar Seri Begawan.


Majlis akad nikah telah diadakan di dalam masjid berkubah emas di negara itu dan sambutan kemuncaknya akan diadakan pada 14 Januari dengan upacara gah di Istana Nurul Iman yang mempunyai 1,788 bilik dan akan diiringi perarakan mewah.







Putera Mateen ialah anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah – raja paling lama memerintah di dunia dan pernah seketika dikenali sebagai orang terkaya di dunia.







Pengantin perempuannya – cucu kepada salah seorang penasihat khas bapanya – dilaporkan mempunyai jenama fesyen dan memiliki perniagaan pelancongan.

Senarai tetamu di acara tersebut dijangka terdiri daripada pihak diraja antarabangsa dan pemimpin politik dunia.

“Ia seperti kisah dongeng,” kata pelajar universiti Syahida Wafa Mohamed Shah, 22 tahun, kepada AFP pada 10 Januari, berhampiran Masjid Omar Ali Saifuddien, tempat pernikahan itu dilangsungkan.


Ramai rakyat Brunei merancang untuk berbaris di jalan raya untuk menyaksikan perarakan pada 14 Januari, apabila pasangan itu akan menaiki kereta diraja.

“Ia seperti sesuatu yang berlangsung dalam filem,” kata Cik Nazatul Izzati Saifulrizal, 19 tahun







Tengku diraja panas’


Walaupun Putera Mateen tidak mungkin akan menaiki takhta, penampilan idolanya dan pengikut yang ramai di media sosial telah menjadikannya salah seorang ahli keluarga diraja yang berprofil tinggi.

Seorang juruterbang helikopter dalam tentera udara negaranya, beliau sering dibandingkan dalam media dengan Putera Harry dari Britain dan sebelum ini digelar “diraja panas”.

Putera Mateen lulus sebagai pegawai kadet di Akademi Tentera Diraja Britain Sandhurst dan mewakili negaranya dalam sukan polo dalam Sukan SEA 2019.







Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau telah memainkan peranan yang semakin meningkat dalam diplomasi antarabangsa.

Putera itu mengiringi bapanya ke pertabalan Raja Charles dan Ratu Camilla pada Mei 2023, dan pengebumian Ratu Elizabeth pada 2022. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >