Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siasatan rasuah: Penderma politik kepada Bersatu dipanggil beri keterangan

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Beberapa orang yang dipercayai penderma politik kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah dipanggil untuk menjelaskan sumbangan mereka kepada parti itu.



Sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai siasatan itu berkata kumpulan individu itu adalah antara mereka yang dipanggil selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun parti tersebut.



"Selain pegawai Bersatu, penyiasat juga memanggil penyumbang politik.



"Penyiasat ingin mengetahui sama ada sumbangan mereka adalah berdasarkan projek atau kontrak yang diberikan kepada mereka atau jika mereka diberi jaminan mengenai projek masa depan," kata satu sumber, menurut laporan The Star.



Namun tidak dapat ditentukan berapa ramai penyumbang politik Bersatu telah dipanggil bagi kenyataan mereka direkodkan.



Laporan sebelum ini mencadangkan bahawa Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang dikatakan telah dianugerah pelbagai projek awam ketika parti itu berkuasa dalam kerajaan.



Sumber sama berkata tidak mungkin akaun yang dibekukan itu akan dilepaskan dalam masa terdekat, walaupun telah menerima permintaan daripada Bersatu, memandangkan siasatan masih diteruskan.



"Masih ada isu yang perlu dijawab berhubung wang yang dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.



"Terdapat juga lebih ramai individu yang perlu dipanggil," kata sumber berkenaan.



SPRM baru-baru ini mengesahkan pembekuan akaun bank Bersatu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.



Ia juga mengesahkan siasatan itu tiada kaitan dengan dana pakej rangsangan Covid-19.



SPRM membekukan akaun Bersatu untuk melihat aliran wangnya dan RM300 juta ($91.66 juta) yang dikatakan diterima parti itu, yang mereka percaya datang daripada kontraktor yang telah dianugerahkan pelbagai projek di bawah pentadbiran lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >