Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang agama Asean buka jalinan hubungan dengan Myanmar

Aug 09, 2023 | 06:00 AM



Kumpulan agama dari negara-negara Asia Tenggara pada Isnin menjalin hubungan awal dengan rakan sejawatan mereka di Myanmar yang dijangka menjadi titik permulaan dalam usaha menyokong kepimpinan blok serantau itu menyelesaikan konflik politik di Myanmar.

Perwakilan agama dari rantau ini berkumpul di Jakarta dalam Forum Dialog Antara Budaya dan Antara Agama Asean 2023 yang julung-julung kali diadakan selama sehari, anjuran pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Lembaga Eksekutif Nahdlatul Ulama (PBNU).

Dialog tersebut mendapat sokongan daripada Kementerian Luar Indonesia, sebagai sebahagian daripada mesyuarat-mesyuarat yang diadakan semasa Indonesia memegang jawatan pengerusi blok ini pada tahun 2023.

Pengerusi NU, Encik Yahya Cholil Staquf, memberitahu wartawan selepas persidangan bahawa walaupun usaha untuk menyelesaikan konflik di Myanmar masih pada peringkat awal, tetapi langkah pertama adalah memahami dengan lebih mendalam situasi sebenar di Myanmar.

“Sekurang-kurangnya hari ini kami dapat melibatkan diri secara bermakna dengan wakil dari masyarakat Myanmar, di mana kami dapat membina penglibatan yang jujur dan ikhlas. Kami juga telah dapat menghubungkan masyarakat Buddha Myanmar dengan kumpulan Buddha lain di Asia Tenggara,” kata Encik Yahya.

Delegasi agama Myanmar yang diluluskan oleh junta tentera diketuai oleh Ketua Pusat Pendidikan Buddha Antarabangsa, Dr Ven Sobhita, yang memberitahu hadirin bahawa misinya ke Jakarta adalah untuk melihat apa yang boleh dilakukan oleh rakan-rakannya di Asean untuk membawa keamanan dalam konflik di negaranya.

Beliau juga merayu kepada pemimpin politik dan agama Asean untuk memastikan sekolah dan pendidikan kekal dapat diakses oleh generasi muda Myanmar.

“Tiada yang lebih penting daripada pendidikan untuk generasi muda negara. Saya menyeru semua pihak berkepentingan yang berkaitan untuk melindungi sekolah dan tidak mengganggu pendidikan,” kata Dr Ven.

Junta tentera Myanmar pada April melancarkan beberapa siri serangan udara terhadap orang awam yang menentang rejim junta di tengah Myanmar, membunuh lebih 170 orang dan memusnahkan kemudahan awam termasuk sekolah, menurut laporan media.

Pada Mei dan Jun, The Irrawaddy melaporkan bahawa junta meningkatkan serangan udara terhadap sekolah di kawasan yang diiktiraf sebagai kubu kuat menentang rejim.


Encik Yahya berkata komitmen bersama yang dijalin semasa persidangan itu diteruskan pada Selasa apabila para sarjana agama bertemu semula bagi mengemukakan idea untuk tindakan konkrit huraian konflik di Myanmar.

Ketua Pengarah Kerjasama Asean di Kementerian Luar Indonesia, Encik Sidharto Suryodipuro, berkata perhimpunan dan pertukaran idea seperti itu untuk memupuk dialog antara agama adalah yang pertama dalam konteks Asean.

“Jangan meremehkan kuasa idea. Kita boleh membangunkan persefahaman melalui pertukaran idea,” ujar Encik Sidharto.

Persidangan itu turut menerbitkan satu deklarasi di mana mereka mengiktiraf Asean dan rantau Indo-Pasifik sebagai ‘aktor’ yang semakin penting di peringkat global.

Ini termasuk perkembangan geopolitik dan sosio-ekonomi, konflik etnik dan agama, kemiskinan, kemusnahan alam sekitar, kecemasan kesihatan yang mencetuskan cabaran besar dalam mengekalkan keselamatan, keamanan serta kemakmuran di rantau Indo-Pasifik dan seluruh dunia.

“Untuk berjaya menangani cabaran ini, pemerintah memerlukan kerjasama pelbagai pihak di semua peringkat masyarakat, termasuk penglibatan yang efektif dan sokongan daripada organisasi agama yang mempunyai kuasa rohaniah dan pengikut yang ramai,” kata sarjana agama dalam deklarasi itu.

Mereka juga mengiktiraf pentingnya wanita dan peranan mereka dalam masyarakat, menyuntik nilai-nilai mulia dalam generasi muda.

Encik Yahya menutup persidangan dengan menyerahkan bendera persidangan kepada delegasi Laos.

Encik Yahya berkata beliau berharap rakan sejawatnya dari Laos dapat menggalakkan pemerintah mereka menganjurkan acara serupa pada tahun depan apabila Laos mengambil alih jawatan pengerusi Asean secara bergilir pada tahun 2024.

Terdahulu Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo,  dalam forum itu turut menyeru agar negara anggota Asean mempunyai semangat keagamaan yang tinggi, perlu menjadi tonggak keamanan dunia.

“Negara-negara Asean termasuk Indonesia, berjaya mengekalkan tradisi toleransi yang kukuh di tengah-tengah kepelbagaian budaya dan agama. Indonesia juga mampu mengekalkan keharmonian meskipun kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya, agama dan kepercayaan.

“Oleh itu, saya mengalu-alukan peranan konstruktif pemimpin agama dan budaya di Asean, termasuk melalui dialog antara budaya dan persidangan antara agama ini,” kata Encik Jokowi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >