Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean perlu dapatkan kembali realismenya yang praktikal, realistik

Cara kumpulan tangani Myanmar, Timor Timur papar hakisan dalam pemikiran strategik
Jul 18, 2023 | 11:54 AM



Dalam menghadapi ketegangan Amerika Syarikat-China, Asean mesti kembali mengambil tindakan lebih berani seperti pendekatan ketika pencerobohan Vietnam di Kemboja semasa 1980-an.

Cara Asean menangani isu pencerobohan Vietnam di Kemboja itu telah membentuk reputasi antarabangsa Asean. Sebelum pencerobohan Vietnam pada 1979, negara-negara lain melayani Asean dengan sopan tetapi tidak semestinya dengan serius. 

Konflik di Kemboja merupakan pengaruh bagi persaingan Sino-Soviet. Asean tidak mempunyai pengaruh strategik untuk menyelesaikan konflik itu, tetapi kumpulan negara itu membuktikan nilainya dalam tempoh sedekad dengan menghalang pencerobohan Vietnam di Kemboja menjadi kekal. 

Peranan sederhana tetapi penting ini memungkinkan tindakan penentuan nasib sendiri yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Kemboja apabila kumpulan kuasa global telah beralih untuk membenarkan kuasa-kuasa besar mencapai satu persetujuan. 

Diplomasi intra-Asean ke atas Kemboja pada 1980-an merupakan aspek paling kompleks dalam isu tersebut. 

Menyelaraskan kepentingan nasional bersama kepentingan serantau memerlukan realisme yang keras sepertimana berurusan dengan Vietnam, Kesatuan Soviet atau China. Pragmatisme membolehkan Asean bersatu untuk mengemudi persaingan kuasa-kuasa besar dan menjadi “pusat” dalam menangani isu-isu penting serantau. 

Tetapi, untuk menjadi ‘pusat’ dalam menangani isu-isu penting serantau itu, Asean perlu memperoleh kepercayaan semula secara berterusan dalam keadaan yang berubah-ubah.

Dalam tempoh antara 1989 apabila Tembok Berlin runtuh dan 2008 apabila krisis kewangan global membawa kepada kekecewaan terhadap globalisasi yang dipimpin Amerika, penguasaan besar Amerika menutupi realiti persaingan kuasa besar. Tanggapan bahawa Asean dapat menangani isu-isu serantau kian hilang apabila tempoh ini disalah anggap sebagai norma baru. 

Peluasan keanggotaan Asean pada 1990-an dengan melibatkan Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar tanpa ‘sosialisasi’ yang mencukupi dalam adat dan amalan kumpulan itu memburukkan lagi masalah. 

Piagam Asean sendiri tidak boleh menggantikan proses tidak formal, bahawa Asean telah beroperasi. Hanya Vietnam berkongsi realisme klinikal yang menggabungkan pandangan dunia anggota asal Asean. Kerumitan politik domestik yang kian meningkat telah membuat faktor dalaman menjadi lebih penting dalam penciptaan polisi luar negara di negara-negara utama, walaupun ini kadangkala bermakna melakukan sesuatu yang tidak diinginkan.

Asean juga percaya bahawa ia sememangnya penting dalam hal ehwal serantau. Menggunakan ucapan atau tindakan untuk mendapat sokongan politik sering menggantikan polisi. Asean banyak memuji diri sendiri tentang peranannya sebagai “pemusatan” dalam menangani isu-isu penting serantau dan terlalu kurang penilaian klinikal tentang keinginan serantau. 

Kini, dengan persekitaran strategik dalam forum baru dan sentiasa berubah seperti Quad Aukus (kerjasama baru Australia, Amerika Syarikat dan Britain) yang kian timbul, ASEAN mengalami risiko terpinggir tanpa penilaian realistik tentang bagaimana pertubuhan itu boleh memajukan kepentingannya sendiri dengan menjadi berguna pada kuasa-kuasa besar.  

Tindak balas Asean pada rampasan kuasa di Myanmar pada Februari 2021 adalah satu contoh. 

Sidang puncak khas yang diadakan dua bulan kemudian mencapai kata sepakat lima perkara yang bermatlamat menghentikan keganasan di dalam negara itu, mempercepatkan bantuan kemanusian dan membuka jalan kepada utusan khas Asean berbicara dengan pihak terbabit.

Namun, memikirkan kemungkinan bahawa rejim tentera Myanmar akan mematuhi perjanjian konsensus itu mengambil masa lama. Justeru, adalah satu kesilapan untuk Asean menghalang junta Myanmar daripada menghadiri mesyuarat Asean sehingga ia ikut patuh, terutama sejak lima perkara tersebut jelas tampil sebagai satu cita-cita sahaja. 

Asean tidak mempunyai ganjaran atau hukuman berkesan dalam menangani Myanmar. Ia hanya boleh cuba mempengaruhi junta yang sedang memimpin dengan berbincang dengannya. Ini bukan mudah, tetapi dengan menolak untuk berbicara dengan jeneral Myanmar, keupayaan Asean untuk mempengaruhi mereka kini boleh dikatakan tidak wujud. Ini kecuali Asean rela menyokong perang saudara, inisiatif kekal dengan tentera Myanmar.

Asean mengkritik negara Barat kerana mengamalkan satu pendekatan ideologi terhadap Myanmar selepas tenteranya, Tatmadaw, menghancurkan satu pemberontakan pada 1998. Tetapi, Asean kini telah mengamalkan polisi gagal yang sama, bersikap unggul tanpa pelan praktikal untuk menangani Myanmar. Ini mungkin buat sesetengah anggota Asean berasa baik, tetapi sebenarnya ia tidak mendatangkan kebaikan. 

Pemikiran lembut tidak terhad pada Myanmar. Apakah tujuan strategik Asean dalam keputusannya pada 2022 untuk secara prinsip menerima Timor Timur? Ia adalah salah satu negara paling miskin di dunia, dengan sekitar 42 peratus penduduknya tinggal dalam kemiskinan tegar dengan pendapatan kurang $1.90 sehari. Timor Timur mengalami prospek yang malap dan hampir merupakan satu negara yang gagal. 

Hampir 45 peratus ekonomi Timor Timur bergantung pada perbelanjaan yang dibuat oleh pemerintahnya. Sekitar 99 peratus hasil pemerintahnya adalah daripada bidang gas dan minyak. 

Eksploitasi dalam bidang-bidang baru telah terhenti, menimbulkan lebih keraguan tentang keupayaan pemerintahnya untuk melaksanakan pelan pembangunannya. Kestabilan negara itu lemah. 

Politik masih mendominasi pemimpin generasi pertama negara itu yang berusia antara 70 dan 79 tahun tanpa strategi pewarisan yang jelas. 

Asean hanya boleh dilemahkan akibat satu lagi pengembangan yang tidak berhemat. Berurusan dengan kededua Myanmar dan Timor Timur juga boleh memperdalamkan perpecahan di antara kumpulan Asean.   

Thailand dan Laos setiap satu berkongsi sempadan dengan Myanmar dan tidak mampu tidak berurusan dengan Myanmar. Mereka prihatin disebabkan geografi. Keprihatinan anggota negara Asean yang telah secara aktif membentuk dasar terhadap Myanmar – Indonesia, Malaysia dan Singapura – mungkin berprinsip tetapi juga abstrak. 

Thailand sudah mula mengambil langkah sendiri terhadap Myanmar dalam mengadakan mesyuarat serantau di luar peraturan Asean. Ia mungkin disusuli oleh Vietnam, Kemboja dan Laos. Kemboja dan Laos juga prihatin tentang potensi pengalihan bantuan Asean jika Timor Timur menyertai kumpulan negara itu.

Satu perpecahan antara anggota-anggota benua dan maritim Asean boleh memangkinkan garis sesar baru dalam kumpulan negara itu. 

Cara Asean menangani Myanmar dan Timor Timur menunjukkan hakisan dalam keupayaannya untuk berfikir secara strategik. Ini boleh secara serius merendahkan keupayaan Asean menangani isu persaingan Amerika-China yang lebih penting dan rumit. Itu akan memerlukan pertimbangan yang jelas, praktikal dan realistik mengenai kepentingan jika Asean mahu memulihara agensi itu untuk menentukan sendiri masa depan mereka.

Bilahari Kausikan mantan setiausaha tetap dan duta besar Kementerian Ehwal Luar Singapura. Komentar ini disiarkan kali pertama di ‘Nikkei Asia’, sebuah majalah berita mingguan berbahasa Inggeris yang berpangkalan di Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >