Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang puncak demokrasi Biden akan jadi satu ‘sendaan’: China

Dec 04, 2021 | 09:15 PM



BEIJING:Sidang puncak demokrasi yang dirancang Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden, minggu depan bakal menjadi satu ‘sendaan’ dengan  sistem politik AS tidak mewakili demokrasi sebenar.

Dalam sidang media pada Sabtu (4 Dis) berhubung kertas putih mengenai demokrasi, Timbalan Pengarah Pejabat Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Encik Tian Peiyan, berkata:   

“Mengikut sistem demokrasi AS, ahli politik negara itu adalah ejen kumpulan berkepentingan dan tidak mewakili kepentingan pengundi majoriti atau negara.”

Beliau berkata, ahli politik AS akan membuat segala janji hanya untuk dipilih, namun jarang menunaikan komitmen mereka.

“Ini bukan demokrasi sebenar, rakyat China tak suka dan tidak mahu demokrasi seperti itu,” katanya.





Pihak berkuasa China mengkritik sidang puncak maya yang dirancang itu, dengan Taiwan adalah antara lebih 100 pihak yang diundang.

China telah meningkatkan tekanan ketenteraan, ekonomi dan diplomatik terhadap Taiwan yang dikendalikan secara demokrasi, sejak kemenangan pilihan raya Presiden Tsai Ing-wen pada 2016.

Beijing berkata pulau itu adalah sebahagian daripada wilayahnya, dakwaan yang dinafikan Cik Tsai dan parti pemerintahnya. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >