Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sikap agresif China di Laut China Selatan mesti dicabar: Pegawai kanan AS

Aug 28, 2023 | 01:14 PM



MANILA: Tingkah laku agresif China di Laut China Selatan, termasuk penggunaan meriam air oleh kapal pengawal pantainya terhadap kapal Filipina, mesti dicabar dan diperiksa, kata komander Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat pada Ahad.


Naib Laksamana Karl Thomas meyakinkan Filipina bahawa Amerika menyokongnya dalam menghadapi “cabaran bersama” di rantau itu.

“Pasukan saya berada di sini atas sebab tertentu,” katanya.

Armada terbesar yang dikerahkan oleh tentera laut Amerika, Armada Ketujuh, yang beribu pejabat di Jepun, mengendalikan 70 kapal, mempunyai sekitar 150 pesawat dan lebih 27,000 kelasi.

Ia beroperasi di perairan seluas 124 juta kilometer persegi dari pangkalan di Jepun, Korea Selatan dan Singapura.

“Anda perlu mencabar orang yang saya katakan (sedang) beroperasi di zon kelabu. Apabila mereka mengambil sedikit demi sedikit dan menolak anda, anda perlu menolaknya kembali, anda perlu terus belayar dan beroperasi,” ujar Naib Laksamana Thomas.

“Tiada contoh yang lebih baik tentang tingkah laku agresif daripada kegiatan pada 5 Ogos di kawasan beting,” tambahnya.

Pada 5 Ogos, sebuah kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap bot Filipina yang sedang membawa bekalan kepada sekumpulan anggota tentera di atas kapal perang usang Manila yang diletakkan di sebuah beting di Laut China Selatan.

Naib Laksamana Thomas berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Naib Laksamana Alberto Carlos, ketua Komand Barat Filipina yang menyelia Laut China Selatan, “untuk memahami apa cabarannya untuk mencari peluang bagi membantunya”.

“Kami pastinya berkongsi cabaran. Jadi saya ingin memahami dengan lebih baik cara beliau melihat operasi yang beliau dipertanggungjawabkan.

“Dan saya mahu memastikan beliau memahami apa yang saya sudah adakan,” kata Naib Laksamana Thomas yang singgah di di pelabuhan Filipina.

Pada Sabtu, Naib Laksamana Thomas berkata beliau menyertai penerbangan dari Manila “untuk keluar dan melihat kawasan Laut China Selatan”.

Filipina memenangi satu keputusan timbang tara antarabangsa terhadap China pada 2016, selepas tribunal memutuskan bahawa tuntutan menyeluruh Beijing terhadap kedaulatan ke atas sebahagian besar Laut China Selatan tidak mempunyai asas undang-undang. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >