Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sisa sampah di Kuala Lumpur tertinggi Ramadan ini

May 05, 2021 | 10:35 PM



KUALA LUMPUR: Sampah dan sisa pepejal isi rumah di Kuala Lumpur dikesan tertinggi sepanjang Ramadan ini akibat pembuangan makanan yang tidak dihabiskan.


Selain pembaziran makanan, bungkusan makanan plastik juga menjadi penyumbang utama kepada peningkatan sisa sampah di ibu negara Malaysia itu ekoran pembelian makanan, berbanding tahun lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Datuk Mohd Zain Hassan, berkata syarikat pengurusan sampah dan sisa pepejal itu mencatat peningkatan kutipan sisa pepejal sebanyak 32,000 tan pada hari ke-20 Ramadan tahun ini.


Beliau berkata peningkatan itu tinggi dan membimbangkan berbanding 27,000 tan dalam tempoh sama tahun lalu di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian Malaysia.


"Makanan yang tidak dihabiskan dan dibuang begitu saja adalah antara penyumbang utama kepada peningkatan kutipan dalam bulan Ramadan, selain bungkusan makanan daripada bahan plastik sekali guna.


"Ia sudah tentu amat membimbangkan kerana ia bakal mengurangkan jangka hayat tapak pelupusan dan meningkatkan penghasilan gas metana yang boleh memudaratkan alam sekitar serta orang ramai," kata beliau dalam ucapannya di program Imarah Ramadan 'Love Food, Hate Waste' di Surau Jumaat Al-Hikmah, PPR Beringin, pada Jumaat (5 Mei).


Datuk Mohd Zain berkata, Alam Flora menggalakkan penggunaan semula bekas makanan yang dibawa sendiri di bazar Ramadan bagi mengurangkan pembuangan sampah.


"Ia juga mampu mengelakkan pembelian secara berlebihan, sekali gus boleh mengurangkan kadar belanja keluarga dan membantu mengamalkan hidup sihat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >