Sistem pertahanan Israel jadi tumpuan selepas serangan Iran berhampiran tapak nuklear

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sistem pertahanan Israel jadi tumpuan selepas serangan Iran berhampiran tapak nuklear

Mar 23, 2026 | 12:01 PM

Sistem pertahanan Israel jadi tumpuan selepas serangan Iran berhampiran tapak nuklear

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Anggota keselamatan Israel dan pasukan penyelamat berkumpul di lokasi serangan yang melanda kawasan perumahan di Petah Tikva pada 22 Mac 2026.
Anggota keselamatan Israel dan pasukan penyelamat berkumpul di lokasi serangan yang melanda kawasan perumahan di Petah Tikva pada 22 Mac 2026. - Foto AFP

TEL AVIV: Sistem pertahanan udara Israel kini menjadi tumpuan selepas dua peluru berpandu balistik Iran berjaya menembusi pertahanan dan mengenai kawasan perumahan berhampiran kemudahan nuklear sensitif di Gurun Negev pada lewat malam 21 Mac.

Dua peluru berpandu itu dilaporkan mendarat selang beberapa jam, menyebabkan kerosakan besar di dua lokasi berasingan berhampiran bandar Dimona dan Arad, kawasan yang dikenali mempunyai tahap keselamatan tinggi.

Pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian selepas penduduk melaporkan letupan kuat serta kemusnahan meluas terhadap bangunan dan infrastruktur.

Kemudahan penyelidikan nuklear utama Israel, yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Dimona, sebelum ini dianggap antara lokasi paling dilindungi di negara itu. Namun, kejadian tersebut mengejutkan ramai pihak, termasuk rakyat Israel yang sudah biasa dengan konflik.

Tentera Israel mengakui cuba memintas peluru berpandu tersebut, tetapi gagal, sekali gus menimbulkan persoalan serius terhadap keberkesanan sistem pertahanan berlapis negara itu. “Kegagalan ini menimbulkan persoalan besar tentang keupayaan sistem pertahanan untuk melindungi rakyat,” kata seorang penganalisis keselamatan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang melawat lokasi kejadian pada 22 Mac menyifatkan keadaan itu sebagai “satu keajaiban” kerana tiada kematian dilaporkan. “Jangan ambil mudah. Gunakan masa amaran untuk segera ke tempat perlindungan,” katanya sambil menggesa orang ramai kekal berwaspada.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai kegagalan sistem pemintasan, walaupun Israel dan Amerika Syarikat telah melaburkan berbilion dolar dalam pembangunan sistem pertahanan udara selama beberapa dekad.

Menurut tentera, kadar pemintasan peluru berpandu balistik Iran melebihi 90 peratus, namun pakar menegaskan tiada sistem yang mampu memberikan perlindungan sepenuhnya. “Dimona dilindungi oleh sistem pertahanan berlapis Israel dan Amerika, tetapi tiada yang sempurna. Ini adalah kegagalan operasi,” kata Encik Ran Kochav, bekas komander pertahanan udara Israel.

Jurucakap tentera, Brigedier Jeneral Effie Defrin, pula berkata kegagalan di Arad dan Dimona tidak berkait antara satu sama lain.

Israel menggunakan beberapa sistem pertahanan termasuk Iron Dome, David’s Sling dan Arrow, selain sistem THAAD milik Amerika Syarikat. Sistem paling canggih, Arrow 3, direka untuk memintas peluru berpandu balistik di luar atmosfera.

Namun, laporan media tempatan menyebut sistem Arrow 3 tidak digunakan dalam insiden tersebut, menimbulkan persoalan sama ada Israel cuba menjimatkan penggunaan peluru pemintas yang mahal dan terhad. “Kita perlu fikir bukan sahaja untuk hari ini, tetapi juga pertempuran esok,” kata Encik Kochav, merujuk kepada keperluan mengurus bekalan peluru pemintas.

Kebimbangan mengenai kekurangan peluru pemintas bukan perkara baharu. Dalam perang selama 12 hari dengan Iran pada 2025, kebimbangan pernah timbul bahawa Israel mungkin kehabisan peluru pemintas jika konflik berlarutan. Walaupun tentera menafikan kekurangan bekalan dan menegaskan mereka telah bersedia untuk konflik berpanjangan, tekanan dijangka meningkat jika serangan berterusan.

Menurut laporan The New York Times, difahamkan, Kementerian Pertahanan Israel telah meminta tambahan peluru pemintas dan senjata dari Amerika Syarikat, namun belum jelas sama ada permintaan itu dipenuhi.

Serangan terbaru itu menyebabkan kira-kira 175 orang cedera, termasuk sekurang-kurangnya 10 dalam keadaan serius, menurut pihak berkuasa kesihatan. Seorang penduduk Dimona, Yitzhak Salem, 62 tahun, menggambarkan detik serangan sebagai sangat menakutkan. “Ia terasa seperti taufan bercampur gempa bumi,” katanya selepas keluar dari bilik perlindungan bersama isterinya.

Menurut tentera, daripada kira-kira 400 peluru berpandu yang dilancarkan Iran dalam tempoh tiga minggu, hanya empat berjaya menembusi sistem pertahanan dan mengenai sasaran secara langsung. Namun, ancaman tidak terhad kepada peluru berpandu sahaja. Serpihan besar dan peluru kecil daripada peluru berpandu berangkai turut menyebabkan kerosakan dan kematian.

Walaupun sistem seperti Arrow 3 direka untuk tujuan tersebut, proses pemintasan sangat mencabar dari segi teknikal. “Ia seperti dua peluru bertembung di udara,” kata pakar keselamatan dan teknologi ketenteraan, Encik Yehoshua Kalisky.

Pakar menjelaskan bahawa satu-satunya cara untuk memusnahkan ancaman peluru berpandu berangkai adalah dengan memintasnya di luar atmosfera sebelum ia berpecah.

Walaupun sistem seperti Arrow 3 mampu melakukan pemintasan sedemikian, proses itu sangat sukar.
“Ia seperti dua peluru bertembung di udara,” kata pakar keselamatan Encik Yehoshua Kalisky. Beliau menambah, beberapa peluru berpandu Iran mempunyai keupayaan untuk mengubah haluan, sekali gus menyukarkan pemintasan, selain faktor cuaca dan ketepatan pengiraan trajektori yang boleh menjejaskan keberkesanan sistem. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg