KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya agar memperkenalkan program pengguna setia bagi mereka yang kerap menggunakan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.
Inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk tempatan yang melalui Tambak Johor setiap hari bagi bekerja atau belajar, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sewaktu taklimat khas bersama pengurusan tertinggi media massa dan ketua editor mengenai pelaksanaan tol CIQ baru-baru ini.