Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

LAPORAN KHAS BH - MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Soal banjir, kos hidup dijangka antara isu hangat

Isu lain seperti soal kaum, agama serta rasuah dijangka juga dapat tumpuan dalam pilihan raya kali ini
Oct 29, 2022 | 05:30 AM



CARA kerajaan dan parti politik menggerakkan bantuan bagi mangsa banjir semasa musim tengkujuh yang bakal menjelang ini mungkin menjadi pertimbangan pengundi di Malaysia semasa memilih wakil rakyat di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan depan, kata pemerhati politik.



Pakar politik Singapura, Malaysia dan Indonesia, Dr Norshahril Saat, berkata pengurusan bencana boleh menjadi antara isu utama yang timbul, selain isu kos kehidupan yang meningkat, strategi bangkit selepas Covid-19 dan rasuah.



"Isu kaum dan agama juga boleh ditimbulkan lagi, terutama selepas PRU14 di mana 'Tindakan Sheraton' berlaku, kerana Pakatan Harapan digambarkan sebagai tidak melindungi kepentingan orang Melayu.



"Bagi pihak pembangkang pula, rasuah akan ditimbulkan lagi sebagai isu," ujar Dr Norshahril, Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak.



'Tindakan Sheraton' yang berlaku pada 2020 merujuk kepada tindakan politik oleh Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan pakatan yang diketuai timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali, untuk bersatu bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru berusia 22 bulan.



Pemerhati politik dari Malaysia, Dr Oh Ei Sun, berkata beliau menjangka cabaran sosioekonomi yang dihadapi Malaysia menjadi tumpuan semasa PRU15 ini.



Namun perkara ini boleh memberi manfaat kepada Umno yang menerajui BN dan lebih berkemampuan berbanding pihak lain untuk memberi bantuan langsung kepada rakyat, kata beliau.



"Malaysia masih negara yang sedang membangun dan sebahagian besar rakyatnya mempunyai pendapatan rendah hingga pertengahan.



"Keadaan sosioekonomi yang kian genting... boleh memperkukuh peluang Umno (memenangi pilihan raya) kerana ia dilihat sebagai pakar dalam memberikan habuan (kepada rakyat), berbanding dengan pihak pembangkang yang melaungkan perubahan struktural atau structural reform yang boleh menyebabkan kesukaran dalam jangka pendek," kata Dr Oh, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.



Lebih 20 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada 19 November nanti, bagi memilih kerajaan baru menyusuli pergolakan politik selama dua.



Akhbar ini pernah melaporkan keprihatinan sebahagian rakyat tentang keputusan mengadakan pilihan raya umum menjelang musim tengkujuh yang biasanya bermula pada pertengahan November dan diiringi hujan lebat dan banjir.



Pada 6 Oktober, beberapa hari sebelum Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pembubaran Parlimen, timbalan pengarah-jeneral jabatan kaji cuaca di Malaysia, Encik Hashim Anip, berkata:



"Kami tidak menggalakkan PRU15 diadakan pada masa ini. Mengapa kita ambil risiko ini semasa berhadapan dengan tengkujuh, yang kita tahu akan menyebabkan banjir?"



Dalam tahun-tahun yang lalu, banjir semasa musim tengkujuh telah menyebabkan kerosakan harta dan kehilangan nyawa di seluruh negara.



Banjir terkini yang surut pada Januari lalu meragut 54 nyawa, dan menyebabkan kerugian RM6 bilion ($1.6 bilion).



Hampir 70,000 orang kehilangan tempat tinggal ketika air mencapai paras tertinggi pada Disember 2021.



Menemui media selepas menghadiri Taklimat Khas sempena PRU15 dan Monsun Timur Laut 2022 di ibu pejabat polis di Bukit Aman awal minggu ini, Datuk Seri Ismail Sabri berkata lebih 69,000 anggota pasukan keselamatan bersedia dikerahkan di serata negara untuk menghadapi banjir dan jumlah ini boleh ditambah mengikut keperluan.



Sekitar 6,000 kenderaan keselamatan di darat, laut dan udara juga akan dilibatkan dalam operasi banjir.



"Kalau kita lihat monsun timur laut ini, mungkin berlaku di Pahang atau Kelantan dan Terengganu walaupun kadang-kadang berlaku di barat seperti di Selangor tetapi ia tidaklah berlaku serentak di seluruh Malaysia... kita harap tidaklah berlaku banjir besar seperti biasa," kata Datuk Seri Ismail Sabri.




"Isu kaum dan agama juga boleh ditimbulkan lagi, terutama selepas PRU14 di mana 'Tindakan Sheraton' berlaku, kerana Pakatan Harapan digambarkan sebagai tidak melindungi kepentingan orang Melayu. Bagi pihak pembangkang pula, rasuah akan ditimbulkan lagi sebagai isu."
- Dr Norshahril Saat, Zamil Kanan di Iseas-Institut Yusof Ishak.




"Keadaan sosioekonomi yang kian genting... boleh memperkukuh peluang Umno (memenangi pilihan raya) kerana ia dilihat sebagai pakar dalam memberikan habuan (kepada rakyat), berbanding dengan pihak pembangkang yang melaungkan perubahan struktural atau structural reform yang boleh menyebabkan kesukaran dalam jangka pendek.
- Dr Oh Ei Sun, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >