Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WAWANCARA ANWAR DI S’PURA BERSAMA BLOOMBERG

Soal pelantikan Zahid sebagai DPM ditimbulkan

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menolak kritikan terhadap pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya, sambil menyatakan presiden Umno itu mesti diberi peluang dihakimi secara bebas dan adil di mahkamah.



Dalam wawancara bersama Bloomberg di Singapura, beliau berkata rasuah merupakan antara isu utama mahu ditangani kerajaan perpaduan, termasuk keperluan menyampaikan "mesej jelas" dalam 100 hari pertama pentadbirannya untuk tidak bertolak ansur dengan rasuah.



Ditanya sama ada berlaku ketidaksalinghubungan dengan Datuk Zahid yang disertakan dalam menteri Kabinet memandangkan timbalan perdana menteri itu berdepan 47 tuduhan rasuah, Datuk Anwar menegaskan perbicaraan masih berjalan dan mahkamah akan menentukan nasibnya.



"Saya menyatakan secara jelas mahkamah bebas dan saya tidak fikir saya perlu menaruh prasangka dalam kes itu.



"Namun, ia tidak sepatutnya berunsur politik semata-mata. Mengapa rujuk kepada beliau secara peribadi sedangkan saya kata sistem itu korup?



"Ramai lagi pemimpin politik salah guna kedudukan mereka: bekas perdana menteri, bekas menteri kewangan - libat ratusan dan jutaan ringgit.



"Saya di sini bukan mahu bincang kesnya. Saya di sini mencadangkan proses mahkamah mesti bebas dan beliau mesti diberikan peluang - keadilan perlu diadili oleh mahkamah tidak berpihak, adil," katanya, lapor Free Malaysia Today.



Datuk Zahid, antara dua timbalan perdana menteri Malaysia, kini berdepan 47 pendakwaan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.



Beberapa pemimpin Umno berulang kali mendakwa beliau dan pemenjaraan bekas perdana menteri, Encik Najib Razak, merupakan mangsa pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.



Sebelum ini, Datuk Anwar mempertahankan kemasukan Datuk Zahid dalam menteri Kabinet dengan menyatakan beliau tidak dapat meminggirkan peranan dimainkan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam pembentukan kerajaan perpaduan.



Sementara itu, mengulas dakwaan beberapa pihak, termasuk pemimpin politik pembangkang, tentang adanya unsur nepotisme berkaitan pelantikan anaknya, Cik Nurul Izzah Anwar, sebagai penasihat kewangan dan ekonomi, Datuk Anwar berkata sedang beliau bersikap terbuka, namun ada sebilangan kritikan itu adalah tidak wajar kerana mereka sendiri pernah "memberikan kontrak kepada anak menantu".



Beliau menegaskan pelantikan Cik Nurul Izzah tidak akan melibatkan salah guna kuasa, atau memperkaya mana-mana pegawai serta pemimpin kerajaan.



Tambah Datuk Anwar, bekas ahli parlimen (AP) Permatang Pauh itu hanya dilantik untuk membantu kerajaan termasuk memastikan segala proses pemberian kontrak dan tender dilakukan secara teratur.



Jika yang mengkritik pelantikan itu ikhlas, katanya, beliau tidak ada masalah untuk mendengar kerana mereka mahu memastikan tiada amalan tidak sihat berlaku dalam kerajaan.



"Tapi orang yang kritik ini termasuk orang yang memberi kontrak kepada anak dia, tak apa pulak?



"Ada (pelantikan) yang ada gaji tapi tak ada kerja banyak seperti penasihat dan duta-duta (khas), macam-macam.... itu kita harus bezakan," katanya, lapor Malaysiakini.



Walaupun tidak menamakan sesiapa dalam sindirannya itu Datuk Anwar dipercayai membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada kerajaan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >