Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Speaker Parlimen M'sia terima usul Tun M kemuka undi tidak percaya ke atas PM Muhyiddin

May 08, 2020 | 04:22 PM



KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Encik Mohamad Ariff Mohd Yusof, hari ini menerima usul Anggota Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor Malaysiakini.



Encik Mohamad Ariff telah membalas notis yang dihantar Tun Dr Mahathir, dengan memaklumkan usul tersebut di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.



Ini bermakna Parlimen akan membenarkan satu undi tidak percaya ke atas PM Muhyiddin dijalankan. 



Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada usul tidak yakin perdana menteri berkenaan akan dibahaskan pada sidang 18 Mei ini atau pada sidang Dewan Rakyat yang seterusnya.



Setiausaha Dewan Rakyat pada 17 April lalu telah mengeluarkan notis kepada semua anggota parlimen mengenai sidang yang akan diadakan pada 18 Mei ini.



Bagaimanapun berbeza daripada biasa, sidang tersebut hanya berlangsung selama sehari. Ia juga hanya akan membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan saja.



Tiada sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, usul atau kamar khas akan diadakan. 



Usaha pihak pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei mungkin tidak akan terlaksana.



Ini ditegaskan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan, hanya urusan kerajaan akan diutamakan dalam sidang selama sehari itu.



Datuk Takiyuddin berkata, urusan lain yang tertunggak seperti usul anggota Parlimen yang tidak sempat dibahas, akan dibawa ke sidang seterusnya pada 13 Julai nanti.



Dalam sidang media hari ini, Datuk Takiyuddin menjelaskan perjalanan sidang Dewan Rakyat tersebut, yang merupakan kali pertama sejak penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), dan dipendekkan ekoran wabak Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >