Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura alu-alukan kepimpinan Jepun bantu Asia jadi lebih hijau

Dec 18, 2023 | 07:06 PM



TOKYO: Singapura menyokong sepenuhnya usaha Jepun merangkumkan isu kemampanan sebagai sebahagian daripada diplomasinya, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 18 Disember kepada media Singapura pada akhir lawatannya ke Tokyo, Jepun.


Beliau berkata bahawa prinsip teras Masyarakat Sifar Pelepasan Asia (Azec) yang diketuai Jepun ‘tiada formula satu saiz’ yang sesuai untuk semua negara, memandangkan keadaan negara yang unik, dan prinsip tersebut menyokong laluan tersuai untuk membolehkan anggota negara Azec mengurangkan pelepasan karbon.

“(Azec) merangkumi semua negara Asean kecuali Myanmar, dan juga Australia. Jadi ia adalah jejak negara yang mereka mahu bekerjasama dalam isu hijau dan kemampanan sebagai sebahagian daripada diplomasi mereka. Dan ia adalah sesuatu yang kami sokong sepenuhnya,” kata Encik Lee.

Rangka kerja itu terdiri daripada elemen seperti hidrogen hijau, infrastruktur untuk tenaga mampan, dan pembiayaan tenaga mampan, kata Encik Lee kepada media.

“Ini semua perkara yang perlu dilihat oleh Singapura, jika kita ingin mencapai sifar bersih pada 2050.

“Ia akan menjadi satu cabaran yang sangat besar, ia sama sekali bukan perkara yang mudah, dan ia masih dalam proses. Tetapi kami telah menetapkan matlamat, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk berusaha ke arah itu,” kata Encik Lee.

Azec telah mengadakan mesyuarat pemimpin pertamanya pada 18 Disember, hari terakhir perhimpunan tiga hari pemimpin Asia Tenggara di Tokyo untuk menandakan setengah abad hubungan Jepun-Asean.

Encik Lee memberitahu media bahawa persidangan iklim COP28 di Dubai, yang berakhir pada 12 Disember, telah menetapkan arah yang baik untuk dunia dengan kenyataannya mengenai peralihan daripada bahan api fosil.

Ini, katanya, adalah kenyataan jelas bahawa dunia mesti kurang bergantung pada bahan api fosil dengan membangunkan tenaga boleh diperbaharui dan sumber tenaga baru yang lain.

Semasa mesyuarat Azec, Encik Lee mengalu-alukan kepimpinan Jepun dan berkata inisiatif itu telah mewujudkan peluang untuk negara-negara berbincang, melakar konsep dan bekerjasama dalam inisiatif penyahkarbonan baru, dan membina keupayaan untuk peralihan hijau.

Beliau juga menekankan keperluan kerjasama untuk mempercepatkan peralihan global kepada sifar bersih.

“Tiada negara boleh melakukannya sendirian, begitu juga pemerintah sendiri tidak boleh melaksanakannya. Kami tahu secara langsung ancaman wujud yang ditimbulkan oleh perubahan iklim.

“Apabila ia melibatkan perubahan iklim, hanya dengan bekerjasama sahaja kita boleh mencapai sifar bersih,” tambah Encik Lee pada mesyuarat itu.

Beliau berkata ini amat penting memandangkan projek penyahkarbonan memerlukan modal yang tinggi dan teknologi yang menjanjikan masih memerlukan lebih banyak pelaburan penyelidikan dan pembangunan sebelum ia boleh digunakan secara besar-besaran.

Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, berkata bahawa matlamat Azec adalah mencapai kejayaan tiga kali ganda untuk mencapai penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga secara serentak.

Dengan itu, Jepun akan menerajui membangunkan teknologi baru dan sistem perundangan dalam bidang yang menjanjikan seperti sel solar perovskit (perovskite solar cells), tenaga angin luar pesisir, tenaga hidrogen, dan penangkapan dan penyimpanan karbon, ujar Encik Kishida.


Terdapat lebih 350 projek yang sedang dijalankan antara syarikat Jepun dengan negara anggota Azec.

Jepun juga menyokong latihan kira-kira 8,500 pekerja di seluruh negara anggota Azec berkenaan peralihan tenaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >