Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura, Australia runding gelembung perjalanan udara

Kededua negara juga teroka iktiraf bersama sijil vaksinasi
Mar 15, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang membincangkan kemungkinan gelembung perjalanan udara yang akan membolehkan penduduk Singapura dan Australia melakukan perjalanan antara kedua-dua negara tanpa memerlukan karantina, kata Kementerian Ehwal Luar semalam.



Singapura juga dalam perbincangan dengan Australia mengenai pengiktirafan bersama mengenai sijil vaksinasi dan perjalanan semula dengan keutamaan bagi pelajar dan pelancong perniagaan, kata MFA.



Australia pada masa ini memiliki "gelembung perjalanan" satu arah dengan New Zealand, yang memungkinkan warga New Zealand berkunjung tanpa kuarantin. Skim ini telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan wabak virus Covid19.



Singapura setakat ini hanya mempunyai satu gelembung perjalanan - dengan Hong Kong. Ini masih belum berlaku kerana peningkatan kes Hong Kong tahun lalu.



Singapura sedang berusaha untuk mewujudkan gelembung perjalanan timbal balik dengan lebih banyak negara, tetapi sejauh ini belum ada.



Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung mengatakan ini mungkin menjadi kenyataan pada separuh kedua tahun ini jika kadar jangkitan rendah hingga sederhana.



Kenyataan MFA semalam dikeluarkan menyusuli laporan media Australia mengenai gelembung perjalanan antara Singapura dan Australia.



MFA berkata kedua-dua negara tidak membincangkan akan konsep pusat kuarantin atau pusat vaksinasi.



Warganegara Australia sudah boleh transit melalui Singapura tanpa dikuarantin untuk pulang ke negara mereka jika mereka melakukan perjalanan melalui laluan transit yang diluluskan.



Melalui laporan akhbar Sydney Morning Herald, Australia dilaporkan dalam rundingan dengan Singapura bagi mewujudkan gelembung perjalanan antara dua negara seawal Julai ini dalam usaha menghidupkan kembali sektor pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.



Timbalan Perdana Menterinya, Michael McCormack, berkata inisiatif itu dilihat mempunyai potensi cerah untuk dilaksanakan melalui kerjasama antara dua negara.



"Ketika program vaksin sedang digerakkan, bukan hanya di Australia namun juga negara lain maka kita akan membuka semula lebih banyak gelembung perjalanan," katanya kepada stesen penyiaran awam, ABC.



Australia pada fasa awal pandemik sebelum ini menguatkuasakan penutupan sempadan antarabangsa untuk mengawal penularan Covid-19 dengan melarang warga asing melancong ke negara itu kecuali atas urusan tertentu.



Melalui laporan akhbar Sydney Morning Herald, rundingan itu akan membenarkan warga Singapura dan Australia yang menerima suntikan vaksin melakukan perjalanan antara dua negara tanpa perlu dikuarantin.



Laporan itu menyatakan Canberra turut mengharapkan individu daripada negara ketiga antaranya pelajar antarabangsa, usahawan dan warga Australia dapat menjalani tempoh dua minggu kuarantin di Singapura sebelum terbang ke negara berkenaan.



Singapura kini membuka pintu sempadannya dengan beberapa negara yang berupaya mengawal virus itu termasuk Australia.



Encik Ong sebelum ini berkata negara itu berhasrat mewujudkan koridor perjalanan secara timbal balik.



"Jika negara lain memulakannya kita akan melaksanakan gelembung perjalanan secara timbal balik dan saya berharap kita dapat melakukannya tahun ini," katanya kepada sebuah radio tempatan pada Jumaat.



Peraturan kuarantin selama 14 hari dilaksanakan Australia bagi individu yang memasuki negara itu menyebabkan puluhan ribu warga Australia terkandas di luar negara.



Ini kerana, sistem yang diperkenalkan itu bersifat terhad sekali gus tidak dapat menampung jumlah besar yang mahu memasuki negara terbabit.



Australia sebelum ini melaksanakan gelembung perjalanan sehala dengan New Zealand yang membenarkan warga negara itu melancong tanpa dikuarantin.



Pelaksanaan itu bagaimanapun pernah ditangguhkan beberapa kali selari dengan perkembangan semasa penularan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >