Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura harap peralihan kuasa di Afghanistan tanpa pertumpahan darah

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA berharap peralihan kuasa di Afghanistan dapat berlaku secara aman dengan pertumpahan darah yang minimum, dan rakyat Afghanistan dapat diberi peluang menentukan masa depan mereka sendiri.



Berkata demikian kepada media setempat, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menekankan Singapura juga akan memantau perkembangan di Afghanistan dengan dekat berkenaan keprihatinan bahawa negara itu mungkin menjadi pusat bagi kumpulan pengganas beroperasi, sekali gus mengancam keselamatan rantau ini.



"Pengganasan adalah ancaman yang jelas dan nyata bagi rantau ini, tidak kira sama ada Afghanistan dalam pertimbangan atau tidak. Kita mempunyai ancaman kita sendiri yang tidak kurang bahayanya di Asia Tenggara.



"Kita harus tunggu dan pantau perkembangan di Afghanistan. Adalah satu tragedi sekiranya Afghanistan menjadi tempat selamat bagi kumpulan-kumpulan pelampau dan pengganas.



"Kita harus ingat, keadaan itulah yang menjadi penyebab Amerika ke Afghanistan 20 tahun yang lalu," ujar beliau.



Taleban semalam mengisytiharkan peperangan di Afghanistan telah berakhir setelah mereka berjaya menawan Kabul, lantas memaksa Presiden Ashraf Ghani dan para diplomat meninggalkan negara tersebut.



Dalam pada itu, Dr Balakrishnan berkata apa yang berlaku di Afghanistan bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun kejatuhan pemerintah negara itu dengan begitu pantas adalah sesuatu yang tidak dijangka.



Menurutnya, perkembangan terkini di Afghanistan itu menunjukkan bahawa sejarah telah sekali berulang.



Merujuk kepada sejarah negara tersebut, daripada kerajaan Iskandar Zulkarnain (atau Alexander The Great) hinggalah kepada pemerintahan Britain, Soviet Union dan kini pemerintah yang disokong Amerika, semua kuasa-kuasa tersebut gagal menguasai Afghanistan buat tempoh yang lama, sekali gus menimbulkan pepatah negara itu sebagai tanah perkuburan empayar, atau graveyards of empires.



"Justeru, daripada sudut pandangan sejarah, ini bukanlah satu fenomena baru (bagi Afghanistan)," ujar beliau.



Dr Balakrishnan menambah, hakikatnya sepanjang sejarahnya, Afghanistan bukanlah sebuah negara tradisional mengikut takrif klasikal Barat, sebaliknya ia lebih kepada sebuah titik tumpuan bagi Asia Tengah.



"...mereka telah sekian lama menolak jenis pemerintahan atau sistem politik daripada luar," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >