Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura ingin pererat hubungan dengan Jordan

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



DARI AMMAN, JORDAN - SINGAPURA ingin memperkukuhkan lagi hubungan erat yang terjalin selama 57 tahun dengan Jordan dengan mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, vokasional dan tukaran pengalaman antara belia.



Ini dinyatakan Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman yang kini berada di ibu kota Amman, Jordan dalam sebahagian lawatannya ke Timur Tengah hingga lusa.



Kelmarin beliau telah bertemu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat Jordan, Dr Ayman Safadi dan bertemu dengan Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tinggi dan Kajian Sains Profesor Dr Wajih Owais.



Beliau juga bertemu Presiden Universiti Jordan (UOJ), Profesor Dr Nathir Obeidat dan mengundangnya untuk melakukan lawatan ke Singapura.



Dalam pertemuan itu Dr Maliki mengulangi komitmen hubungan erat antara Singapura dan Jordan - salah satu daripada empat negara yang telah menyokong permohonan keahlian Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulan selepas ia merdeka pada 1965.



Beliau juga menyampaikan hasrat Singapura meneroka lebih lanjut dengan Jordan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, pendidikan dan latihan vokasional dan latihan serta tukaran pengalaman bagi belia.



Dr Maliki mengucapkan penghargaannya kepada Jordan kerana menjaga kebajikan pelajar Singapura yang sedang belajar di situ.



Seramai 170 pelajar Singapura sedang belajar di universiti-universiti di Jordan seperti di UOJ dan Universiti Nasional Irbid.



Dr Maliki juga membuat kunjungan ke Universiti Teknikal Al Hussein (HTU) - salah satu institut pendidikan tinggi yang ditubuhkan oleh Yayasan Putera Mahkota (CPF) Jordan bermatlamat memenuhi keperluan lulusan ijazah yang mempunyai kemahiran teknikal dalam pasaran pekerjaan.



Beliau bertemu dengan pihak pengurusan universiti itu, beberapa pelajar dan juga sebuah pusat bagi inovasi dan memacukan perusahaan rintis.



Dalam pertemuan bersama seramai enam pelajar daripada pelbagai bidang, mereka meluahkan hasrat untuk belajar dari Singapura seperti dalam bidang pentadbiran dan kepimpinan.



Mereka juga berminat meraih pengalaman Singapura yang mempunyai masyarakat yang hidup secara harmoni dan berbilang kaum dan agama di Singapura.



Dr Maliki berkata beliau telah mengundang presiden HTU, Profesor Ismael Al-Hinti, untuk membuat lawatan ke Singapura dan menjalin hubungan bersama universiti di republik itu.



Beliau berkongsi kepada pelajar tersebut tentang pelbagai program yang disediakan di keenam-enam universiti Singapura.



Beliau juga berkongsi tentang bagaimana sistem pendidikan Singapura ditubuhkan dengan matlamat membina keupayaan penduduknya kerana ia Singapura merupakan sebuah negara tanpa sumber semula jadi.



"Saya pelajari beberapa perkara yang menarik daripada pemimpin pelajar HTU dan usahawan muda dari inkubator perusahaan rintis HTU berkenaan projek mereka serta aspirasi dan impian mereka," kata Dr Maliki dalam satu catatan di Facebook semalam.



Selain itu, Dr Maliki juga membuat lawatan ke sebuah syarikat teknologi, BIGO Technology, yang berasal dari Singapura dan mempunyai pejabat di Amman sejak 2019.



Syarikat itu yang mencipta aplikasi kiriman mesej, persis Whatsapp namun disesuaikan kepada keperluan penduduk timur tengah bernama IMO, yang mempunyai lebih 330 juta pengguna aktif daripada 150 negara.



Dr Maliki berharap lebih banyak syarikat di Singapura dapat merebut peluang di Jordan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >