Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura kutuk serangan di Saudi

Mar 26, 2022 | 10:01 PM



SINGAPURA mengutuk keras serangan ke atas beberapa lokasi di  Arab Saudi pada Jumaat (25 Mac) termasuk ke atas  kemudahan simpanan minyak Aramco di Jeddah.

 Serangan tersebut tidak boleh diterima dan sama sekali tidak wajar, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Sabtu (26 Mac).

Setakat ini, tiada laporan warga Singapura terjejas akibat serangan itu. Rakyat Singapura di  Saudi harus terus berwaspada dan memantau berita tempatan dengan teliti.





“Mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu demi keselamatan diri mereka.

“Kami terus menggesa semua warga Singapura di dalam atau dalam perjalanan ke Arab Saudi untuk mendaftar secara elektronik dengan MFA,” kata kenyataan itu.

Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh  menghubungi Kedutaan Singapura di Riyadh; Konsulat Jeneral Singapura di Jeddah; atau Pejabat 24 jam  MFA 24 jam di:



Kedutaan Singapura di Riyadh:

Tel: +966-11-480-3855

Talian  Kecemasan (selepas waktu pejabat): +966-50019-1220

E-mel: Singemb_ruh@mfa.sg



Konsulat Jeneral Singapura di Jeddah:

Tel: +966-12-607-3980/3981

Talian  Kecemasan (selepas waktu pejabat): +966-50-559-6481

E-mel: Singcg_JED@mfa.sg



Pejabat  MFA (24 jam):

Tel: +65 6379 8800/8855

E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >