Topik diikuti
Pergi ke BHkuS’pura kutuk serangan Houthi terhadap prasarana penerbangan awam Saudi
S’pura kutuk serangan Houthi terhadap prasarana penerbangan awam Saudi
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru kumpulan Houthi terhadap prasarana penerbangan awam di Arab Saudi yang mengakibatkan kematian dan kecederaan dalam kalangan orang awam.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataan 9 Oktober menegaskan, serangan sedemikian tidak boleh diterima dan tidak mempunyai sebarang alasan yang boleh membenarkannya.
“Singapura mengutuk serangan terbaru kumpulan Houthi terhadap prasarana penerbangan awam di Arab Saudi yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan dalam kalangan orang awam. Serangan sedemikian tidak boleh diterima dan tidak boleh dibenarkan atas apa jua alasan,” kata jurucakap MFA dalam kenyataan itu.