Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura sambut baik usaha damai Israel-Palestin: MFA

Jan 30, 2020 | 05:09 PM



SINGAPURA menyambut baik semua usaha yang dilakukan masyarakat antarabangsa untuk mencapai keamanan di Timur Tengah.





Ini termasuk saranan terbaru Amerika Syarikat bagi mencapai keamanan, kemakmuran dan masa depan lebih baik bagi Israel dan penduduk Palestin, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan Khamis ini (30 Januari).





“Kedudukan tekal Singapura adalah untuk menyokong huraian dua negara yang dibincangkan dengan Israel dan Palestin hidup bersebelahan secara aman dan selamat.





“Kami berharap mereka boleh memulakan semula perbincangan langsung dan mendapat kemajuan ke arah huraian yang adil dan kekal, sejajar dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata jurucakap itu.





Kelmarin, Presiden Amerika, Encik Donald Trump, menyarankan pembentukan negara Palestin yang dikenakan syarat ketat, dan pada masa sama membenarkan Israel terus berkuasa ke atas petempatannya di Tebing Barat.





Pengumuman itu, yang disifatkan beliau sebagai sebahagian usaha mencapai keamanan di Timur Tengah, dicemuh Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, yang menganggapnya berpihak kepada Israel.





Encik Trump berkata rancangan damainya itu – yang digelarnya perjanjian terbaik kurun ini – dikatakan beliau sebagai saling menguntungkan bagi kededua belah pihak Israel dan Palestin.





Beliau mengumumkan rancangan damai itu di Rumah Putih dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, di sisinya.





Namun, tiada wakil Palestin semasa pengumuman itu.





Bercakap di Ramallah, di Tebing Barat, pada Rabu lalu (29 Januari), Encik Abbas menyifatkan pengumuman itu sebagai “satu tamparan”.





Rancangan Encik Trump itu akan memberi Israel kuasa sepenuhnya ke atas Baitulmakdis dan membolehkan negara itu mengilhakkan Lembah Jordan – kawasan strategik di Tebing Barat – selain sebilangan kawasan petempatan yang terletak di wilayah Palestin.





Sementara itu, Eropah dan Russia tidak begitu ghairah dengan rancangan Encik Trump, dengan Kesatuan Eropah (EU) berkata hanya huraian dua negara yang dibincangkan dan diterima oleh kededua pihak boleh membawa keamanan berkekalan antara Israel dengan Palestin.





Qatar, penyokong kuat Palestin, memberi respons berhati-hati dengan berkata ia menyambut baik usaha “mencari kedamaian berkekalan” tetapi memberi amaran bahawa ia tidak boleh dicapai tanpa konsesi kepada pihak Palestin.





Arab Saudi pula berkata ia akan mengkaji rancangan Encik Trump, sedang Amiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan rancangan itu boleh menjadi tapak permulaan bagi perbincangan damai selanjutnya.





Beberapa negara Islam seperti Turkey dan Iran pula mengutuk rancangan tersebut dengan menyatakan rancangan itu seperti mengiktiraf pengilhakkan tanah Palestin oleh pihak Israel dan akan mematikan usaha mencari huraian dua negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >