Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura, UAE perkukuh kerjasama dua hala

Kededua negara meterai 8 perjanjian termasuk ekonomi hijau, sijil halal dan sektor tenaga
Oct 22, 2023 | 08:38 PM



Singapura dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) memperkukuh kerjasama dua hala merentasi pelbagai bidang termasuk ekonomi hijau, usaha menangani perubahan iklim dan pensijilan halal dengan pemeteraian beberapa perjanjian pada Ahad.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, menyaksikan pertukaran sebanyak tujuh memorandum persefahaman (MOU) dan satu perjanjian di Abu Dhabi.

Bidang kerjasama lain termasuk sektor tenaga, pendidikan, pemerintah digital, kecerdasan buatan dan keselamatan siber.

Awal sebelum itu, Encik Lee telah disambut Presiden Sheikh Mohamed, yang juga Amir Abu Dhabi di Qasr Al Watan (Istana Negara).

Menyusuli upacara adat istiadat, Encik Lee menemui Sheikh Mohamed, yang turut menjamu Encik Lee makan tengah hari.

Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, kededua PM Lee dan Presiden Sheikh Mohamed mengesahkan hubungan dua hala yang amat baik antara kededua negara.

Ini termasuk di bawah Kerjasama Menyeluruh Singapura-UAE (SUCP) yang ditandatangani di Singapura pada Februari 2019.

“Sebagai negara kecil dan hab di rantau masing-masing, Singapura dan UAE mengongsi kepentingan bersama dalam memupuk hubungan pelbagai hala dan susunan dunia berdasarkan peraturan.

“PM Lee dan Presiden Sheikh Mohamed bersetuju terdapat ruang untuk meningkatkan usaha dalam bidang baru seperti ekonomi hijau dan digital,” menurut kenyataan PMO itu.

Kenyataan itu menambah, Encik Lee turut mengalu-alukan minat UAE untuk menyertai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital (DEPA) bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam perdagangan digital.

Kededua pemimpin juga melahirkan harapan untuk bekerjasama lebih rapat dalam tindakan iklim global serta proses pelbagai hala.

Selain itu, Encik Lee dan Presiden Sheikh Mohamed bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan serantau dan antarabangsa termasuk ketegangan di Timur Tengah baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Singapura dan UAE juga telah mengeluarkan kenyataan bersama mengenai kerjasama iklim.

Kededua pemimpin, Encik Lee dan Presiden Sheikh Mohamed, mengiktiraf keperluan mendesak untuk mencapai matlamat Perjanjian Paris, dan bekerjasama dengan pihak lain untuk menangani perubahan iklim.

Encik Lee berada di UAE pada Sabtu dan Ahad atas undangan Sheikh Mohamed. Lawatan itu ialah lawatan rasmi Encik Lee yang pertama ke negara itu.

Secara berasingan, Encik Lee telah dijamu makan tengah hari oleh Timbalan Perdana Menteri UAE, Sheikh Maktoum Mohammed Al Maktoum, yang juga Timbalan Amir Dubai dan Menteri Kewangan.

Kededuanya menarik perhatian tentang hubungan yang baik antara rakyat Singapura dan Dubai, dan membincangkan tentang cara untuk memperkukuh kerjasama, kata PMO.

PM Lee juga dijadual menemui Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled Bin Mohamed Bin Zayed Al Nahyan, dan menghadiri jamuan bagi warga Singapura di luar negara pada Ahad malam.

Dalam lawatan ke UAE itu, Encik Lee diiringi Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor; serta Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >