Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Staf presiden turut berundur susulan peletakan jawatan Mahfud MD

Kabinet Indonesia Maju berfungsi seperti biasa: Jokowi
Feb 02, 2024 | 01:09 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menegaskan, Kabinetnya berfungsi seperti biasa walaupun terdapat laporan tidak puas hati dalam kalangan menterinya.


“Kabinet tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan rasa tidak senang dalam Kabinet.

Tidak lama selepas Encik Mahfud Md rasmi meletakkan jawatan Menteri Penyelaras Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Timbalan V Ketua Staf Presiden, Cik Jaleswari Pramodhawardani, turut menyatakan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya di Pejabat Staf Presiden (KSP), mulai 1 Februari.

“Melalui kenyataan akhbar ini, saya Jaleswari Pramodhawardani memberitahukan pengunduran diri saya dari jabatan Wakil V Kepala Staf Kepresidenan mulai 1 Februari 2024,” kata Cik Jaleswari dalam kenyataan akhbar pada 31 Januari.

Cik Jaleswari juga berkata proses rasmi permohonan peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Presiden Jokowi melalui Ketua Staf Presiden, Encik Moeldoko.

Beliau yang diketahui menjadi sebahagian daripada pasukan gandingan Ganjar Pranowo-Mahfud Md sejak November 2023, menyatakan beliau berundur kerana tidak mahu dianggap sebagai beban politik kepada Encik Jokowi.

Sementara itu, Encik Mahfud MD rasmi telah menyerahkan surat peletakan jawatannya daripada Kabinet Encik Jokowi pada 1 Februari.

Satu pertemuan antara mereka berlangsung lebih 10 minit di Istana Merdeka, Jakarta, yang dikatakan berlangsung tanpa ketegangan.

Biarpun memutuskan untuk meletakkan jawatan, Encik Mahfud percaya Kabinet Indonesia Maju akan kekal kukuh.

Berikutan peletakan jawatan Encik Mahfud, sejumlah nama disebut-sebut sebagai calon yang bakal menjadi Menteri Penyelaras Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan, pengganti Encik Mahfud.

Antaranya termasuk Ketua Umum Parti Demokrat, Encik Agus Harimurti Yudhoyono dan mantan Kepala Staf Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Darat, Jeneral Dudung Abdurachman.

Encik Mahfud akui bahwa keputusannya berundur daripada jawatan Kabinet, bukan hanya kerana alasan etika, malah juga elektoral.

Encik Mahfud berkata setelah meletakkan jabatan sebagai menteri, dirinya boleh lebih bebas berkempen sebagai calon naib presiden, pendamping calon Presiden Encik Ganjar.

Difahamkan, tindakan itu didorong oleh langkah Encik Jokowi menyokong Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, yang bertanding sebagai calon Presiden bersama anak Encik Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, sebagai calon naib Presiden, dalam pilihan raya yang akan datang.

Media tempatan melaporkan wujud rasa tidak puas hati dalam Kabinet Encik Jokowi berikutan kritikan awam terhadap presiden mengenai dakwaan campur tangan politik dan kurang berkecuali dalam sokongan kepada calon tertentu.

Namun, Encik Jokowi berkata presiden dibenarkan menyokong calon asalkan tidak menggunakan aset atau kemudahan pemerintah bagi tujuan itu.

Walaupun Encik Jokowi tidak secara jelas menyokong mana-mana daripada tiga calon presiden yang bertanding dalam pilihan raya ini, beliau telah membuat penampilan di khalayak umum dengan Encik Prabowo.

Encik Jokowi berdepan kemuncak kritikan orang ramai berhubung campur tangan politiknya dan sikap tidak berkecuali ketika beliau berkempen untuk calon utama dalam Pilihan Raya Presiden pada 14 Februari.

Sekumpulan ahli akademik di alma mater Encik Jokowi, Universiti Gadjah Mada Yogyakarta, mengeluarkan petisyen yang mengetengahkan ‘tidak menghiraukan prinsip politik’ presiden dan menggesa beliau kembali ke jalan demokrasi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >