Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Starbucks Timur Tengah rancang kurangkan 2,000 pekerja

Mar 6, 2024 | 1:33 PM
Gambar fail menunjukkan aktivis kumpulan ‘Chicago Youth Liberation for Palestine’ di hadapan kafe Starbucks melakukan protes dan menggesa gencatan senjata antara Israel dengan Hamas, di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat, pada 31 Disember 2023. Ini sedang kumpulan Alshaya yang mengendalikan kedai Starbucks di Timur Tengah merancang memberhentikan 2,000 pekerja.
Gambar fail menunjukkan aktivis kumpulan ‘Chicago Youth Liberation for Palestine’ di hadapan kafe Starbucks melakukan protes dan menggesa gencatan senjata antara Israel dengan Hamas, di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat, pada 31 Disember 2023. Ini sedang kumpulan Alshaya yang mengendalikan kedai Starbucks di Timur Tengah merancang memberhentikan 2,000 pekerja. - Foto REUTERS

KAHIRAH: Kumpulan Alshaya, gergasi runcit yang memiliki hak mengendalikan kafe Starbucks di Timur Tengah, merancang untuk memberhentikan lebih 2,000 pekerja ekoran perniagaannya yang merudum akibat diboikot pengguna yang mengaitkannya dengan perang Gaza, kata sumber.

Pemotongan itu, yang bermula pada 3 Mac, membentuk sekitar 4 peratus daripada tenaga kerja Alshaya yang berjumlah 50,000 orang dan kebanyakannya tertumpu dalam francais Starbucks di Timur Tengah dan Afrika Utara, kata sumber yang enggan namanya disebutkan.

Boikot telah membawa kepada keadaan perdagangan yang sukar bagi syarikat itu, tambah sumber itu.

“Akibat keadaan perniagaan yang sentiasa mencabar sejak enam bulan lalu, kami telah mengambil keputusan yang menyedihkan dan sangat sukar untuk mengurangkan bilangan rakan sekerja di kedai Starbucks kami,” kata Alshaya dalam satu kenyataan, tanpa mengesahkan bilangan pekerja yang terjejas.

Alshaya berkata ia akan menyokong para pekerja yang diberhentikan itu dan ia kekal komited kepada rantau tersebut.

“Starbucks kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Alshaya untuk memacu pertumbuhan jangka panjang di rantau yang penting ini,” kata jurucakap Starbucks kepada Reuters.

Ditubuhkan pada 1890 di Kuwait, Alshaya ialah salah satu francaisi runcit terbesar di rantau ini yang mempunyai hak untuk mengendalikan perniagaan jenama Barat yang popular termasuk The Cheesecake Factory dan Shake Shack.

Ia memiliki hak untuk mengendalikan kafe Starbucks di Timur Tengah sejak 1999.

Unit Starbucks menjangkau sekitar 2,000 cawangan di 13 negara, merentasi Timur Tengah dan Afrika Utara dan Asia Tengah.

Dalam pada itu, firma ekuiti swasta Amerika Syarikat, Apollo Global Management Inc, telah berbincang untuk membeli kepentingan dalam perniagaan Starbucks Alshaya, tiga sumber yang rapat dengan perkara itu memberitahu Reuters pada Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg