Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Stok beras Indonesaia dijamin cukup jelang Ramadan

Feb 29, 2024 | 1:43 PM
Penguasa Indonesia memberi jaminan, stok beras mencukupi bagi memenuhi keperluan terutama dalam bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri sedang seorang pekerja membungkus beras ke dalam guni di sebuah kedai di Denpasar, wilayah Bali, Indonesia, 26 Februari 2024.
Penguasa Indonesia memberi jaminan, stok beras mencukupi bagi memenuhi keperluan terutama dalam bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri sedang seorang pekerja membungkus beras ke dalam guni di sebuah kedai di Denpasar, wilayah Bali, Indonesia, 26 Februari 2024. - Foto EPA-EFE

JAKARTA - Ketua Badan Makanan Nasional (Bapanas), Encik Arief Prasetyo Adi, mengesahkan stok beras Indonesia selamat menjelang Ramadan dan Aidilfitri 2024.

Beliau turut mengatakan stok beras akan meningkat seiring dengan musim menuai pada Mac.

“Kami ingin mengulangi sekali lagi bahawa stok beras mencukupi menjelang Ramadan pada 9-10 Mac ini,” kata Encik Arief pada 28 Februari.

Mengikut anggaran yang dikeluarkan Badan Pusat Statistik atau BPS, penuaian di beberapa wilayah akan berlaku pada Mac 2024.

Malah, dakwanya, beberapa petani tempatan juga sudah mula menuai minggu ini.

“Tuaian Mac ini akan menghasilkan 3.5 juta tan (beras),” kata Encik Arief, dipetik Tempo.Co.

Sementara itu, beliau percaya pengambilan beras sepanjang Ramadan sehingga Aidilfitri akan meningkat 20 hingga 30 peratus. Bagaimanapun, beliau memastikan stok beras kekal selamat.

Pemerintah juga cuba mengekalkan ketersediaan beras di pasaran. Salah satu usahanya ialah membanjiri pasaran dengan bekalan beras, di bawah program bekalan makanan dan penstabilan harga (SPHP).

Encik Arief berkata, stok beras merata di seluruh Indonesia. Ketika ini, sambungnya, kapal-kapal yang menghantar beras Bulog, tidak hanya berlabuh di pelabuhan besar seperti Tanjung Priok, Tanjung Mas, dan Tanjung Perak.

“Terdapat 12,000 tan beras hari ini di Sulawesi Utara dan Nusa Tenggara Timur (NTT), serta di Patimba, Gadung, Aceh,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa polis akan membantu memantau pengagihan beras ke pasaran.

Pemerintah secara rasmi menaikkan kuota import beras sebanyak 1.6 juta tan, menghasilkan jumlah import sebanyak 3.6 juta tan untuk tahun 2024 ini.

Apabila digabungkan dengan 500,000 tan daripada kuota pada penghujung 2023, yang ditangguhkan sehingga awal 2024, jumlah keseluruhan beras import bagi tahun ini akan mencecah 4.1 juta tan, tertinggi dalam sejarah. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg