Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Strategi kempen akan tentukan kemenangan BN pada PRN

Jul 13, 2023 | 11:08 AM



Barisan Nasional (BN) memerlukan strategi kempen yang kuat untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini, setelah ketiadaan calon daripada rakan komponennya, Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA).

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Dr P Sivamurugan, berkata walaupun ketika ini sokongan pengundi bukan Melayu dilihat cenderung kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN (PH-BN), ia turut dilihat sebagai kelebihan kepada gabungan pembangkang untuk memperoleh undi bukan Melayu.

“BN perlu strategi kempen yang kuat dan perlu beri rasional kenapa MCA dan MIC tidak bertanding dalam PRN kali ini supaya ia tidak menjadi bahan kempen Perikatan Nasional (PN), walaupun buat masa ini kita tahu sokongan bukan Melayu kepada PH-BN itu agak jelas.

“Ia bergantung kepada sejauh mana kempen PN akan diguna pakai untuk menunjukkan seolah-olah kegagalan BN untuk kemukakan calon dari MCA dan MIC, kerana apabila bertanding di bawah BN sudah tentu perlu ada calon Cina dan India,” katanya kepada Berita Harian (BH).


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peluang BN untuk memenangi kerusi yang bakal ditandingi dalam PRN kelak selepas MCA dan MIC memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya itu.

Ketika ditanya adakah laluan penuh yang diberikan MCA dan MIC terhadap Umno dalam PRN nanti akan memberi kelebihan untuk parti keramat Melayu itu kembali kukuh terutama selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Dr Sivamurugan berkata Umno tetap memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu.

“Umno tidak bertanding atas tiket Umno (semata), tetapi tiket BN. Bermakna Umno tetap memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan jentera itu perlu digerakkan oleh MCA dan MIC.

“Mungkin apabila Umno bertanding di kerusi-kerusi Melayu mereka rasakan mereka boleh dapat sokongan.

“Sebaliknya saya melihat PRN kali ini adalah ujian paling besar ke atas pengundi Melayu dan bagaimana Umno perlu berhadapan dengan PN dan membuktikan sokongan Melayu itu dikembalikan semula kepada mereka selepas gagal dalam PRU15 lalu,” katanya.

Sebelum ini MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, yang dijadual pada 12 Ogos.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata dalam tempoh sekarang, MCA sebaliknya akan menumpukan kepada persediaan menghadapi PRU16, selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula parti itu.

Setiausaha Agung MIC, Encik RT Rajasekaran, dalam satu kenyataan pada Rabu pula berkata keputusan itu dibuat di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada 30 Jun setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli CWC.

Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri itu dibubarkan, MCA memegang tujuh kerusi DUN – satu di Perak, dua di Melaka dan empat di Johor.

Bagaimanapun kededua parti komponen BN itu dilapor menafikan dakwaan keputusan tidak bertanding PRN itu sebagai boikot, sebaliknya akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan dan membantu memastikan kemenangan calon BN dalam PRN akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >