Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suami enggan sambut ulang tahun isteri di Dubai ditumbuk sehingga meninggal dunia

Nov 30, 2023 | 04:24 PM



PUNE: Gara-gara tidak membawa isterinya ke Dubai bagi sambutan ulang tahun, seorang lelaki berusia 38 tahun meninggal dunia selepas dikatakan ditumbuk di muka oleh wanita tersebut.

Menurut laman Press Trust of India, kejadian yang berlaku pada 24 November lalu itu berlaku di Pune, Maharashtra dekat kawasan Wanwadi.

Mangsa yang meninggal dunia, Encik Nikhil Khanna, merupakan seorang pemaju hartanah, menurut polis.

“Siasatan mendapati isteri lelaki itu, Renuka yang berusia 36 tahun menyambut ulang tahunnya pada 18 September lalu.

“Dia ingin menyambutnya di Dubai, namun si suami tidak memenuhi permintaannya itu,” kata seorang pegawai di balai polis Wanwadi.

“Selain itu, pasangan itu sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 5 November, dan dia menjangkakan hadiah istimewa daripada suaminya itu.

“Wanita itu juga berasa sedih kerana dia hendak ke Delhi bagi menyambut ulang tahun saudaranya, namun tidak mendapat respons yang diinginkan daripada suaminya itu,” katanya.

Pasangan itu dikatakan telah bergaduh berkaitan isu-isu tersebut.

Kerana terlalu marah, wanita itu telah menumbuk suaminya di hidung sehingga darah mencurah keluar dan ini menyebabkan suaminya itu rebah dan tidak sedarkan diri, kata pegawai tersebut.

Selepas diberitahu oleh jiran mereka, sekumpulan pegawai polis tiba di tempat kejadian dan membawa mangsa ke Hospital Besar Sassoon, di mana beliau disahkan meninggal dunia, tambah pegawai itu.

Siasatan dikatakan masih dijalankan untuk mengetahui sekiranya wanita itu memukul suaminya menggunakan buku lalinya atau sebarang objek, tambah pegawai itu.

Punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.

“Kami telah menangkap wanita itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >