Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suasana tegang di beberapa bandar Amerika Syarikat

Jun 01, 2020 | 08:15 AM



MINNEAPOLIS: Keadaan semakin getir di Amerika Syarikat dengan pegawai pentadbiran, penguatkuasa undang-undang dan penunjuk perasaan di banyak bandar dan negeri di negara itu saling menuding jari menyusuli bantahan rakyat yang memasuki hari keenam, menyusuli kematian lelaki kulit hitam, George Floyd, ketika berada dalam tahanan polis.



Sedang ada tunjuk perasaan dijalankan secara aman seperti di Twin Cities, ada juga yang berubah menjadi ganas dan tidak terkawal. Dianggarkan sekitar 30 bandar di serata Amerika menghadapi tunjuk perasaan.



Polis di Minneapolis mula menangkap penunjuk perasaan, melepaskan gas pemedih mata dan menembak menggunakan peluru getah ke arah orang ramai, dan Pengawal Nasional menggunakan helikopter untuk memancut air ke sebuah kereta yang terbakar.



Tindakan tegas itu menggambarkan keinginan pihak berkuasa untuk menghentikan tunjuk perasaan ganas yang telah merebak ke seluruh negara sejak George Floyd, 46 tahun, meninggal dunia setelah dijatuhkan oleh seorang pegawai polis Minneapolis berkulit putih.



Anggota polis berkenaan, Derek Chauvin, 44 tahun, dan tiga yang lain telah dipecat dari perkhidmatan polis.



Dia kemudiannya diberkas dan menghadapi tuduhan membunuh 'kelas ketiga' atas tindakannya yang meletakkan lutut di leher Floyd, 46 tahun, sehingga mangsa tidak boleh bernafas dan meninggal dunia.



Sesetengah penunjuk perasaan dan pengkritik berkata, tuduhan 'pembunuhan kelas ketiga' tidak  cukup berat bagi kesalahan yang dilakukan Chauvin.



Tuduhan 'pembunuhan kelas ketiga' dilaksanakan di tiga negeri Amerika Syarikat; Florida, Minnesota, dan Pennsylvania. Tuduhan itu bermaksud, sesuatu tindakan yang membawa kematian tanpa niat atau disengajakan.



Penunjuk perasaan juga mendesak agar tiga anggota polis yang terlibat dalam kematian Floyd juga dihadapkan ke mahkamah.



Sementara itu, sebilangan besar bandar kelihatan sepi selepas tengah malam. 



Rakaman video dari udara di Minneapolis menunjukkan sedang anggota polis cuba mengekang langkah penunjuk perasaan di bandar itu, penunjuk perasaan bagaimanapun membanjiri kota-kota lain, dengan pentadbiran negeri tergesa-gesa melaksanakan perintah berkurung.



Gabenor bandar-bandar besar Amerika, termasuk Los Angeles, Chicago, Philadelphia dan Miami mengarahkan penduduk untuk pulang ke rumah. 



Namun gabenor di sekurang-kurangnya lapan negeri, termasuk Georgia, Kentucky, Ohio, Colorado dan Tennessee, terpaksa mengerahkan pasukan Pengawal Nasional dalam usaha untuk memaksakan penduduk untuk bertenang tetapi seringkali gagal. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >