Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Subsidi harus bersasar; bukan turut dinikmati orang kaya, industri: Anwar

Nov 27, 2022 | 07:10 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengkaji semula program subsidi kerajaannya, bertujuan untuk menyalurkan wang kepada golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam (27 Nov), mengutamakan isu kenaikan kos sara hidup sedang beliau memegang jawatan kepimpinan itu semasa pertumbuhan ekonomi yang perlahan.


Agensi kerajaan mempunyai dua minggu untuk mengkaji semula kesan pengurangan subsidi, katanya pada satu sidang akhbar.


Malaysia menawarkan subsidi kepada semua rakyat, dengan bahan api dan minyak masak menyumbang perbelanjaan terbesar. Ia juga memberi subsidi elektrik, gula dan tepung.


“Saya tidak ada masalah dengan subsidi untuk rakyat, (cuma) subsidi harus bersasar... jika tidak, harga minyak sebagai contoh, dimanfaatkan oleh golongan miskin dan kaya,” kata Datuk Anwar, yang menjadi pemimpin negara Asia Tenggara itu selepas pilihan raya yang sengit minggu lalu.


Beliau menjelaskan, golongan kaya dan industri besar tidak seharusnya mengambil manfaat daripada subsidi yang dikhaskan bagi membantu rakyat terkesan.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >